Hari ni Jumaat seperti biasa ibu akan ambil sarapan berat di ofis. Hari lain kebiasaannya makan biskut atau kuih.
Pilihan ibu pagi ini adalah Nasi Kerabu Ayam. Satu set ini berharga RM7
Bancuh juga Indocafe panas tanpa gula.
Rupanya selama ini nasi kerabu yang ibu makan bukan authentic Kelantan sebab accessoriesnya ada kobis juga guna pewarna biru dan bukan dari bunga telang.
Ini info yang ibu baca dari media sosial.
Nasi Kerabu Kelantan telah didaftarkan secara rasmi sebagai Cap Kolektif (Collective Mark) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan bukannya dipatenkan secara individu. Pendaftaran ini berkuat kuasa sejak 29 Julai 2026 dan dilancarkan secara rasmi di Kota Bharu pada 17 November 2026.
Inisiatif ini dibuat melalui kerjasama MyIPO dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) bagi melindungi keaslian, reputasi, serta meningkatkan nilai komersial makanan warisan tersebut.
Piawaian bahan asli. Pengusaha yang menggunakan cap ini wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menggunakan bahan tradisional seperti bunga telang, daun kesum, daun selom, dan bunga kantan. Penggunaan bahan moden atau gantian seperti kubis putih dan pewarna tiruan tidak dibenarkan di bawah piawaian ini.
Ibu suka taugeh dalam nasi kerabu.
Acaner tu.

No comments:
Post a Comment