Pages

Saturday, November 14, 2026

Sarapan Pagi Ini

Pagi ini buat cekodok bawang. Impromtu fikir nak buat ni sebab tepung je yang ada kat dapur. Cicah pula dengan sambal sardin. Kurang pedas pulak sardin tu.

Goreng juga keropok, beli keropok kering masa gi Ganu last month.

Tak tau lah berapa lama Sardin Cili ni ada di pasaran sebab pertama kali ibu jumpa. Biasa nampak sardin atau makerel dalam sos tomato sahaja. Ibu rasa sikit sebelum masak, ada lah rasa pedas² manja.

Akhirnya setelah 2 bulan masak guna dapur elektrik, hari ni dapat guna dapur gas. Kat rumah ada 2 tong gas tapi tak replace bila kedai yang biasa hantar dah tutup. Sebab ada dapur elektrik jadi takde lah terdesak nak mencari orang yang boleh hantar.

Pakai Panasonic induction cooker ni best sebab tak panas bahang api. Cuma bila ada sebiji je kena lah masak bergilir. Satu lagi macam tak puas masak guna kuali leper... tak puas nak menggaul. Suka lagi kuali konvensional yang melengkung.

Sekejap lagi nak bersiap².. ada jemputan kenduri kahwin anak schoolmate ibu.

No comments:

Post a Comment