Pages

Tuesday, November 10, 2026

Majlis Perkahwinan Anakanda Zel & Jim Di Grand Estate Ballroom, Ukay Hills

Cerita 2 minggu lepas. Dari wedding uncle Amrul di Seremban, kami ke Ukay Hills pula untuk menyantuni jemputan perkahwinan puteri auntie Zelda dan uncle Jim. Mereka berdua unimate ibu ayah.

Sampai lebih kurang jam 2.15 petang. Dalam jemputan majlis sehingga jam 2.30 pm
Kami usahakan juga untuk datang walaupun tahu akan lewat sebab perjalanan dari Seremban ke KL ni dalam 1 jam 15 minit. Tidak sampai hati bila auntie Zel berkali-kali mengingatkan ayah untuk hadir. 

Sebelum masuk dewan terserempak dengan auntie Sara dan uncle Iffil Mia.
Last sekali jumpa masa anak-anak kecil di Kulim. Masa tu auntie Sara kerja IRB Kulim sebelum pindah ofis di KL.

Perut pun masih kenyang lagi jadi ibu ambil kopi dan bubur jagung sahaja.
Walaupun sudah lewat tapi makanan berat masih tersedia.

Kawan-kawan lain ramai yang sudah balik jadi kami hanya jumpa beberapa orang sahaja.
Ini kawan-kawan Convent Bukit Nanas (CBN) auntie Zel dan ada 2 orang (Milo & Maria Azah) unimate juga.

Bapa Auntie Zelda, Allahyarham YB Tan Sri Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud masa zaman kami sekolah dan uni merupakan Menteri Pelajaran (kini Menteri Pendidikan ) pada masa itu. 

Duduk semeja dengan auntie Nani dan uncle Adlan yang baru juga dapat menantu Ogos lepas.

Sebelum bunga togel habis kita bergambar depan pelamin

Goodies dari tuan rumah.
Sukanya bau bunga rampai.

Auntie Zelda ni ada bisnes florist & gift shop (Flower Frenzie).
Tetamu boleh pilih fresh flower yang digemari. ehhh... sekarang dah jadi trend tuan rumah sediakan bunga untuk tetamu.
Disebabkan kami sampai majlis pun dah hampir habis jadi bunga untuk tetamu sudah tiada. Auntie Zel minta staff wrapkan bunga yang menghiasi meja.
auchhhh... suka.. suka.. lagi banyak lah bunganya 🥰

Orang dewan pun dah mula mengemas.. hiasan bunga di laluan ni semua sudah dicabut. Menurut auntie Zel, dewan tersebut digunakan untuk event lain pada malam itu. Itu yang majlis diadakan dari jam 10 pagi sehingga 2.30 petang sahaja.

Semoga sakinah, mawaddah warrohmah buat pasangan Nabihah dan Dany.
 
Kat rumah tak ada pasu bunga kecil jadi ibu letak je lah dalam mug.
Tahanlah seminggu lebih, ibu bubuh panadol sebiji. Entah betul ke tidak petua tu 😄

No comments:

Post a Comment