Rasanya ini beberapa minggu lepas, Abang Imi ajak dinner di Ayam Gepuk Artisan. Yang dekat dengan rumah ada di Klang Sentral dan Hillpark. Abang Imi ajak makan di Hillpark... kawasan yang baru-baru ini dilanda banjir masa hujan terlalu lebat dan air pasang.
Ibu pernah takeaway yang di Klang Sentral sebab ini dekat dengan ofis.
Harga RM11.99 - ayam krispi + kobis goreng & basic item tetap ada.
Kalau yang basic RM9.99 - ada ayam goreng, tempe & tauhu goreng dan ulam kobis mentah & timun.
Nasi, sambal pedas & kacang gajus boleh tambah secara percuma.
Ayam goreng krispi lembut dan juicy.
Sambal tu tak pedas pada tekak ibu.
Kacang gajus tu macam banyak sangat jadi terasa berminyak ditambah pula kobis goreng.
Pertama kali kobis goreng tak boleh habis.
Pendapat ibu makan set ni terasa oily. Takleh makan banyak jadi muak.
Kalau yang kurang makan pedas, AG Artisan ni boleh jadi pilihan.. cuma kalau boleh minta kurangkan kacang gajus tu ataupun minta asingkan tapi biasa memang dia campurkan sekali.
Boleh je nak repeat sebab Abang Imi suka makan kat sini.. dia tak makan pedas sangat karang meleleh hidung.
Foto² duluan sebelum makan.
Ini pula dinner hari ini, Ayam Gepuk Pak Gembus. Berdua dengan Bami, dia ambil ibu di ofis.
Lepas solat Maghrib baru ibu turun. Sebelum solat tu bengang betul... tak pasal² ibu pula kena marah atas suatu perkara. Asalnya bos ibu marah kat staf satu department lain. Berjangkit² pulak marahnya dengan ungkit benda lain.
Masa ibu nak balik tu, bos ibu ada lagi
dan tak ada orang lain. Tak ada lah ibu nak ignore dia. Bye² jugalah macam biasa walau hati agak terhiris.
Sudah lah.... nak bagi tenang.. kena makan😅
Beginilah cara Bami makan ayam gepuk, digaul nasi dengan kicap. Padahal tak pedas pun sambal ayam gepuk tu. Kemahen hitam kicap kat sini.
Tapaukan untuk ayah dan Kak Widad. Cantik pulak beg ni.
Berbanding AG Artisan, harga AGPG lebih mahal. Set ala carte ayam krispi & kobis goreng RM14. Cumanya kurang rasa berminyak walau ibu ambil set yang sama. Dari segi pedas, biasa² je... pedas lagi sambal AG Top Global.







No comments:
Post a Comment