Pages

Thursday, February 20, 2014

Bulan Kawan Kawin

Januari & Februari 2014, bulan kahwin officemate.
Berbondong2 pegi dengan kawan-kawan lain.

Hana n pasangan.

Ira n pasangan.

Nadia n pasangan.

Nadia ni ibu dia pun kerja kat syarikat kami. Fuhhhh... anak beranak, cuma depatment yang lain.
Ada gak beberapa mak/ayah yang ada anak di syarikat kami.

Wednesday, February 19, 2014

Komik

Ok laaa... ni nak share bahan bacaan ibu this week since drama korea pun dah habis tengok. (tunggu yang baru jer :-) )
Komik Ikhtiar Hidup. Ni salah satu koleksi Bami.

Walaupun ia berbentuk komik tapi info dalam dia sangat bagus contohnya berkaitan sosio-ekonomi, sejarah, geografi dsb.

Bahasa Malaysia dia pun bagus maksudnya translator tu bukan direct translate tapi menggunakan bahasa yang betul dan mudah difahami. Tapi kalau nak betul2 kena check dengan DBP la.
Ini ikut pemahaman ibu.

Cuma ada gak bahasa kasar sket... contoh 'ishhh... ko nak kena lempang ker'
adehhh...
Anak-anak kena dapatkan bimbingan juga dari ibu bapa.
Ibu kena tau gak isi kandungan komik ni samada sesuai atau tidak untuk bacaan anak2 kan....


Tuesday, February 18, 2014

Bukan pilihan hati :'(


Ibu ada order bekas kek yang macam kat atas tu tapi yang fully glass since ada offer yang 'gila2'.
Tapi takde stok (biasalah)

Jadi ambik jugalah yang kat atas tu.
Cover tu dari plastik.
Harga RM49.90

Monday, February 17, 2014

Bila mereka berkumpul

Hari Sabtu hampir seluruh rumah di kawasan rumah/kampung mengalami gangguan letrik.
Kalau tak silap dari jam 11 pagi hinggalah ke jam 3.
Rumah atuk plak sampai ke jam 9 malam.
Kesian makcik2 rawiwa yang beranak kecik, bila balik ke rumah nenek. Kepanansan.
Tu yang Aiman n Alma cik elis post ke rumah kita.

Bila dah berkumpul tu, banyaklah acara mereka.

Wafi buka salun. Alma lah jadi pelanggan dia.
Entah apa yang dikerjakan dek budak berdua ni.

Aiman plak syiok jer baca siri buku komik Ikhtiar Hidup Bami. Bami memang ada koleksi walau tak penuh lagi. Tapi tu lah... Kawi kalau baca bukan reti nak simpan balik. Dicampur sekali dengan buku2 ayah.

Kununnya si Aiman tu nak tengok game Chelsea kol 1 am dan nak tido dengan Bami kat depan tv. Aleh2 tak sampai jam 11 dah tido.. aiman..aiman...

Kawi pulak jadi guru seni. Yang 2 budak tu memang layan abis.
Masa ni ibu dah melepak atas katil layan ngantuk.
Malam tu tidur berenam dalam satu bilik since ayah outstation.

The next day bertambahlah ahli. Adnin dan Ain join sekali.
Dok buat kelas seni kot. 
Gambar atas tu kat rumah cik ana.






Friday, February 14, 2014

A

Ni aktiviti masa cuti sekolah akhir tahun lepas.
Ada dalam draft. baru perasan.
Kaler2 guna pencil colour.
A is for apple.


Esoknya pulak sambung kaler guna water colour.
Comot sket. Takpe... beginner la katakan...
Ok... dah siap.
Baguslah kakak Wafi ni :)
Small letter tu dah ada improvement.

Friday, February 7, 2014

Prime Minister and I


Ni Korean Drama yang ibu tonton setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.05 pm di Astro channel 393.
Nak tunggu pakcik amir download belum dapat lagi.
Kena sabar lah menanti episod2 seterusnya.

Sementara tunggu kakak widad balik tuisyen boleh lah layan dulu :).
Wafi pun join sekali.
Annyeonghaseyo katanya.


Copy from here
At 42 years old, Kwon Yul (Lee Beom-soo) is South Korea's youngest prime minister ever. On top of his reputation of being an honest man of the utmost integrity, he's also a widower who raises his three children alone. But what the public doesn't know is that despite his perfect image, Yul is actually a struggling father devoid of even the most basic of parenting skills. Nam Da-jung (Im Yoona) is a journalist who resorts to writing for a trashy tabloid to support her ailing father, but when she chases Prime Minister Kwon for a lucrative exposé, she ends up scooping a whole lot more than she bargained for and the two end up in a contract marriage.[4]

Monday, February 3, 2014

Cuti2 Sempena CNY 2014


Sempena cuti raya cina kali ni, baliklah kami ke Kulim.
Kawi dah dicutikan pada hari Khamis. Bami plak memang dah start cuti sampai Selasa.
Sakan raya korang yer.
Malam Rabu dah bertolak ke Tapah, semalam di rumah ummi.
Pagi gerak jam 9.30 and traffic so nice. No jam at all :)

Sampai tengahari dan melepak lah hingga petang.
Petang apalagi... jenjalan lah ke pasar malam Kilang Lama.
Best2... makanan manyah murahhhh oooo

Ni haaa.... sate 2 kupang (20 sen)
Ada lagi yang 3 kupang... Tak lebih dari tu. Kat Klang mana nak dapat???
Ayam goreng RM1-2 jer... blink2
Ibu beli sate 40 cucuk RM8
Ayah beli gak 50 cucuk RM10 (ibu tak beritahu ayah yang ibu dah beli)
Ayah beli sebab murah.. fengsannn, semua 90 cucuk.
Tapi ok lah sebab sekali suap sate ni.

Hari Jumaat tu, kami sekeluarga plus mak ngah, pak ngah n baby Syafwan gi jenjalan ke Penang.
Naik lah ke Bukit Bendera tu. Walau dah berkali pergi pun nak pergi gak.
Kali ni merasa lah naik keretapi elektrik tu.
Wahhhh... tak sampai 5 minit dah sampai atas.
Laju betul. Masa otw tu terpikir gak camnerlah kalau train tu mengelongsor laju ke bawah :'(

Tengahari tu makan kat Nasi Kandar Line Clear.
Beratur dekat 45 minit tetengahari..
Teringin punya pasal. Wahhhh... dapat makan telur sotong. Puas.
Harga pun ok jer kat sana compared to ada satu restoran kat KL yang menginsafkan hehe...

Sebelum balik borong pulak Jeruk Madu Pak Ali sebagai buah tangan untuk keluarga dan kawan2.

Oh ya.... souvenir seperti key-chain dan fridge magnet murah lagi kalau beli di Bukit Bendera.
Key-chain satu set (6 pcs) kat Bukit Bendera RM10.
Di sebelah Restoran Nasi Kandar RM18 (?????? sangat gila mahal)
Di kedai Jeruk Madu Pak Ali RM12.
Masa nak beli kat atas tu, tawakkal jer lah.. sebab tau kat tempat tumpuan biasanya mahal.
Since takdenya ibu nak compare harga tempat lain sebab ntah jumpa ntah tidak nanti.
Alhamdulillah, rezeki kawan2 ibu dan Kawi.

Hari Sabtu balik menghala ke Tanjung Dawai.
Nak lunch ikan bakar fresh.

Ikan apa ntah atas tu...Siakap ker... tak ingatlah. Seekor RM25
Sedap... terasa manisnya.
Juga udang sekor RM3 ke atas.
Puas makan. Bami lah teringin makan sotong bakar tapi tak dapat.


Lepas tu, naik kedai atas tu. Sesaja la cari ikan masin. Hasil2 laut yang elok2.

Dah kenyang tu menghala pula ke Titi Hayun di Yan.
Tempat air terjun/peranginan tak jauh dari Tanjung Dawai.
Kat sini tok lang rawiwa ada gerai.

Mandilah 3 beradik. Sejuk air tapi air tak banyak sebab musim panas.
Tapi boleh lahh...
Wafi lah seronok sangat dia.. katanya 'kita mandi sendiri'

Ok... berakhirlah percutian sempena raya cina 2014.
Balik Ahad dan jalan pun masih clear.
5 jam dah sampai rumah. Tu pun sekali stop sebab nak lunch di Latar.