Pages

Monday, November 19, 2012

Usaha Bami selama ini

Keputusan UPSR 2012 telah diumumkan hari ni. Debaran selama beberapa minggu telah berakhir. Tahniah kepada murid-murid yang memperolehi keputusan cemerlang. Kepada yang kurang menyerlah tu, ini bukan penamat bagi segala ujian dan cabaran. Teruskan usaha.


Bami memperolehi 3A (BM1,BM2,Math) 2B (Sc, Eng). Alhamdulillah.  Walaupun ibu sedikit keciwa huwaaaaaa.... tapi ibu percaya Bami dah all out. Selepas ini ibu harap Bami berusaha dengan lebih gigih lagi. Sebab sistem pendidikan negara kita lebih kepada exam-oriented, jadinya Bami kenalah score exam2 akan datang. Tapi ibu dengar PMR akan dimansuhkan jadinya score untuk SPM lah... wahhh... 5 tahun lagi tu!

Tadi uncle Azhar (Aiman Azeem dapat 4A 1B, tahniah) ada cakap yang dulu beliau dapat 3A 2B gak tapi boleh jer jadi one of big manager kat Telekom. Yang penting kemahuan untuk berjaya. Ingat tu Bami!

Sebab Bami tak mencapai target jadi:-
Tak dapatlah PSP tu yer...  takde lah juga istilah 'malam ni kita bincang2 la pasal hadiah'

Tadi kak Widad cakap akan dapatkan result lebih baik dari Bami.
Ibu sentiasa doakan anak2 ibu berjaya dunia dan akhirat.

Tahniah juga buat anak auntie ijahans, min, wan omi, jem, uncle jawa dan semua anak2 ex-unimate yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

5 comments:

  1. Tahniah BAMI.
    Macam tu lah .. kita sebagai parents dah bagi segala kemudahan, selebihnya usaha empunya badan. Dan selepas tu kerja Allah... Insyallah adalah rezeki anak anak, janji kita mencari rezeki yang halal untuk mereka ...

    ReplyDelete
  2. ayah pun dah set at least 3A 2B ...kalau lebih kira bonus ...bagi ayah bami dah achieve worst case scenario ...cuma harap lepas ni kena lebih usaha ...ayah dah citer kat bami pasal uncle azhar yg 3A 2B jugak masa penilaian dulu ...berkat usaha dia jadik jugak manager kat TM ...:)

    ReplyDelete
  3. ija, incik jln rebung.. ok moving forward!!!
    target SPM pulak! hoyayyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah bami...cik ami doakan semoga bami success di masa depan..

      Delete
    2. tima kasih cik ami... errr... Bami tanya takde pa pe ker sebab cik ami kan dah keje hehe..

      Delete