Pages

Thursday, December 6, 2012

Bami yang sangat kasihan

Bami sampai pagi tadi jam 6 pagi. Sesampai di rumah soal siasat pun bermula.

Ibu : seronok Bami?

Bami : ok.. best.

Ibu : pegi mana jer?

Bami : Sampai2 hari Selasa tu turun kat jeti Kuala Perlis. Pergi ke Langkawi naik feri. Melawat kilang gamat, pegi shopping2 kat Pekan Kuah bla.. bla.. bla...
Petang tu balik terus.. tak tidur Langkawi pun. Bermalam asrama SMK Kulim.
Ayah cakap SMK Kulim tu dekat rumah mak tok.. Rahimi tak perasan sebab jalan dia lain.. hahaha..
Keesokan harinya, Rabu pepagi jam 6.30 am bertolak pulak ke Penang. Naik feri lagi.
Pergi Bukit Bendera juga mandi2 di Feringhi. Jenjalan kat Pesta Pulau Pinang.

Ibu : Duit cukup tak?

Bami : Tak.

Ibu pun mulalah buat calculation. Bami beli gamat losyen RM10, aloe vera gamat RM10, coklat toblerone RM14 (itu yang murah sebab nak beli Daim RM16). Kat situ jer dah RM34. Means ada lagi RM16 + 6 duit loose Bami = RM22
Aduhhh... dengan duit tu lah Bami makan sepanjang 2 hari. Bami kata bajet2 la.. pagi makan roti canai RM1, tengahari nasi, kuah, lauk sejenis.
Bila kat Pesta Pulau Pinang Bami beli token 5 keping x RM2 = RM10. Kira RM10 tu Bami habiskan sebab hari last tapi Bami terlupa yang Bami akan dinner.
Bila malam kat RnR tu ada kawan nak tolong bayarkan tapi masa nak bayar tu Bami cakap ada makcik tolong bayarkan.
ohhhh... syahdunya Bami, bila ibu dengar. Semoga makcik tu dapat rahmat dari Allah dan ibu cakap kat ayah kalau kat RnR kita jumpa sorang dua student rombongan  kita tolong bayarkan lah.

Itulah.. seingat ibu RM150 kira makan sekali tapi Bami cakap kalau ikut RM250. dushhhh.... hari yang ibu bagi duit RM50 pada Bami, Bami cakap nak RM20 jer.. huhu..
Kalau Bami tak beli gamat dan coklat tu mungkin cukuplah untuk makan. Tapi sebab Bami teringat kat adik2 dia lah tu, dia belikan coklat (walaupun Bami cakap tak ingat kat adik2 tapi ibu pasti mesti Bami teringat lah tu... elehhhh... nak cover2 plak)
Ibu dah pesan kat Bami tak payah beli apa2 pun. Tapi mesti Bami beli sebab kawan2 pun beli.

Takpelah Bami, learns the lesson. Next time kalau nak pegi mana2, bawaklah duit lebih.. sebab takut jadi miscommunication camtu ler jadinya.

Tapi syabas Bami, sebab 95% bajet Bami success.. lagi 5% tu kira nasib Bami lah yer.

errrr... ibu check dompet duit Bami, memang kosong!

No comments:

Post a Comment