Pages

Sunday, December 9, 2012

Hytex or Mydin Hypermarket???

Jumaat malam Cik Cha sms Hytex ada buat end year sales. Hamboiii.... mesti cik cha shopping tak hengat donia. This time takde lah ibu gi Hytex sebab Hytex takde sales baju sekolah hehe.. Ibu ngan ayah dah decide nak beli persiapan sekolah kat Mydin Hypermarket Subang Jaya.

 Nak berjalan, behaved ler dua orang nih. Sampi pun dah dekat jam 11 am.

Ni kat bahagian stationeries setelah hampir sejam memilih pakaian dan kasut sekolah. Tetiap tahun beli baju sekolah kat kedai berlainan. Kamdar, Pusat Pakaian Harian, Giant dan sebagainya. Harga rasanya lebih kurang sama jer cuma ada yang murah dan sesetengahnya ada yang mahal. Sebab ibu tak beli brand yang canggih manggih pun.

Dah habis menyopping kat hypermarket, sambung main kat luar.. bagi refresh sket budak tenonet nih..

 Bila dah cranky.. camni lah jadinya. jadi masa untuk pulang. Masa tu dah hampir jam 2 lebih.

Otw tu tak singgah memana pun sebab cuaca panas dan semua dah restless. Tapi perut tersangatlah lapar. Masaklah dengan apa yang ada dan secepat mungkin. Setengah jam dah siap rasanya. Ada bening kobis, telur dadar, ikan masin tenggiri dan sambal belacan. Perghhh... semua makan dengan nikmatnya. Ibulah bertambah2 sebab macam dah seminggu lebih tak makan bening. Sedap walau pun ringkas (sengaja lah puji sebab sebenarnya masakan orang malas hehe).

Pakaian sekolah, pakaian sukan,  kasut dan stationeries, done!
Beg sekolah pakai jer lah yang lama. 2 orang ni jer dah habis dekat lima ratus. Tu pun beli brand biasa2 jer. Belum buku2 sekolah lagi. Budget another 5-7 ratus lg. Kalau orang ada 5 anak bersekolah mesti lagi lebih kan.. huhu... pengsan!
Tinggal nak beli buku sekolah jer... ingat minggu ni lah ibu beli.
Lambat sket sebab kat ofis tengah wat yearly budget dan monthly closing, tak sempat nak ambik time off.

No comments:

Post a Comment