Pages

Friday, December 14, 2012

Ialah tu ziarah....

Sempena cuti sekolah ni, pagi2 Kakak Widad ayah hantar ke rumah atuk. Abang Imi stay kat rumah. 2 orang ni takleh duduk sama2, asyik dok berkelahi jer.

Ekceli memang lah ayah hantar ke rumah atuk, tapi sekejap jer pun Widad kat situ. Lepas tu mulalah berjalan ke rumah nenek Ina.. pastu ke rumah Halisa...
Cumanya bila waktu makan, solat zuhur, asar dan nap kena kat rumah atuk.

Dok kampung kan... rumah dekat2. Pusing2 kat tanah lot yang sama sebab orang dulu2 kan... tanah beberapa ekar.. duduklah adik beradik kat situ.

Ibu takdelah risau sangat sebab kakak Widad kalau kat rumah atuk pun takde kawan.. nasib baik dua pupu dan makcik pakcik yang sebaya dia ada ramai kat situ.

Cumanya bila nak balik mengambik.. satu2 rumah kena cari.. nenek kata kat rumah nenek Ina.. nenek Ina cakap baru jer ke rumah Halisa, ibu Halisa cakap kat rumah jiran baru belakang rumah..
Aduhhhh... dek oiiii... satu kampung nak mencari. hehe..

Bila ditanya pada kak Widad wat pe kat rumah jiran tu...
" Adik pergi ziarah "
Ziarah apanya kak Widad oiii... tu namanya berjalan merayap!

Setiap hari Kak Widad kena report kat ibu 2-3 jam sekali..

No comments:

Post a Comment