Pages

Saturday, December 15, 2012

Hari berjimba-jimba

Pagi tadi seawal jam 4 pagi ayah ke Mines Convention Centre sempena jualan buku - Big Bad Wolf, Lepas menyusun atur rak2 buku, ayah, Kawi dan Bami ke Setia City Mall sebab nak tengok The Hobbit kat GSC. Ibu plak minggu ni alternate bekerja.. huwaaaaa.... sampai hati korang kan..

Jam 1 lepas ofis tu ibu plak menyusul ke SCM. Mana aci korang jer nak berjimba2. Ibu pun nak gak.. Ke Parkson untuk mencari kasut.. Daiso, juga MPH mencari buku kerja Kak Widad. Bami ibu tak beli apa2 sebab tak pasti kurikulum apa sekolah pakai selepas ni.

Lepas mereka bertiga habis tengok The Hobbit, ibu tunggu kat MPH. Pastu lunch sesama kat McD jer.
Wafi tak perlu ambik dulu sebab tengahari kan waktu nap dia.. biarlah dulu kat school.

Ibu masih beruniform kerja.. Kak Widad dok pakai baju sama jer cam masa pergi KLCC. Baju n tudung fav. lah tu. Ke pagi tadi malas nak mencari baju.

 Hamboiiii ayah... tak ngantuk ker dari jam 4 pagi dok mencelik!

Antara buku aktiviti kanak-kanak yang ayah rembat masa BBW.. Harga dari RM3-5 jer.
Ayah tak beli reading materials pun.. semua buku aktiviti.

 Wafi tak sesabar nak buat colouring. Dia kaler sikit jer tapi habis dah beberapa muka surat. Mana boleh cam ni dek oiii... kaler lah elok2!

No comments:

Post a Comment