Hari ni Selangor bercuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan. Takde plan apa pun... duduk rumah jer since ayah kerja. Kolej ayah juga universiti di Gombak declared follow KL, jadinya kerjalah hari ni.
Pepagi ibu ke pasaraya beli barang dapur yg sudah kehabisan stok sejak beberapa hari lalu.. huhu.. teruk2, tak sempat membeli pun since ibu balik lewat sket dan petang kan asyik hujan jer jadi nafsu nak membeli tu kureng ler. Masak jer lah apa yang ada.
OTW balik tu lalu lah beberapa gerai yang menjual nasi lemak juga kuih muih. Nampak menyelerakan tapi bila terpandangkan penjualnya.. huhu... nikmat nak membeli tu kurang. Mana taknya... si penjual berbaju T-shirt lengan pendek, berseluar tiga suku dan tanpa menutup kepala. Ibu geli sket kalau nak membeli kat orang yang berpakaian tak sempurna ni sebab ia menggambarkan macamana dia masak kat rumah.
Bukanlah perlu bertudung litup, tapi sekadar bertopi atau berseluar panjang pun dah molek..ni kekadang nampak kuku berkaler2 huhu.. penah sekali tu budak remaja jual nasi lemak pepagi kuku kaler hitam.. terus ibu angkat kaki. tak selera lah walaupun ingin membantu mereka.
Saya setuju sangat!! Klu boleh memang carik peniaga yg bertudung.
ReplyDeletekan... biarlah memilih sket asal puas hati.
ReplyDeletesama dengan si Dania...
ReplyDeleteKalau tempat yg semacam jer, dia tk mau masuk.