Pages

Tuesday, December 18, 2012

Selesai sudah urusan sekolah Abang Imi

Alhamdulillah...
Sebelum ni Bami dapat penempatan sekolah di pekan K. jauh lah gak dari rumah dalam 8 km. Ibu plak tak berapa berkenankan sekolah tu walaupun ibu pernah sekolah situ selama sebulan waktu tingkatan 4. Sekolah yang agak terkenal dengan kenakalan pelajar dan kes samseng (sekarang ni). Hari tu macam dah pasrah jer Bami akan meneruskan pelajaran kat situ.

Semalam baru dapat confirmation Bami dapat bertukar ke sekolah yang lebih dekat dalam 3 km gitu di pekan M. Geram betul dengan kerani yang bertugas di sekolah pekan K tu.. katanya keputusan rayuan ke sekolah satu lagi belum dapat disebabkan pelajar terlalu ramai. 10hb haritu dah tepon... kemudia semalam tepon balik. Jawapan yang sama. Ibu cam tak puas hati lah, mintak ayah telefon ke PPD. PPD beritahu dah proses dan surat tawaran pun dah diserah ke sekolah yang diminta.

Tengahari tadi ibu bergegas ke sekolah baru Bami. ehhhh... sekolah ibu dulu dari Form 1 hingga form 3. Ambil borang bagai dan  zasss balik ke ofis. Jumaat 28hb ada pendaftaran. Rasanya mana2 sekolah harian pun pada hari yang sama.

Isu pengangkutan juga sudah selesai. Bami akan naik van acik Su, ex-office mate ibu dulu. Sekarang macam2 bisnes beliau buat. Kalau ibu rajin, ibu fetch lah Bami balik tapi rasanya tak kot sebab Bami balik 6.30, ibu sebelum jam 6 dah sampai rumah hehe...

Jadi, sekarang Bami punya tanggungjawab untuk belajar bersungguh2.. sebab ibu dan ayah dah sediakan kemudahan buat Bami.

No comments:

Post a Comment