Very last minute punya plan. Hari Jumaat baru tau! Ingat nak rehat jer this weekend sebab cuti sekolah ni dok berjalan jer.. mengah betul. Rasa cam tak cukup rehat jer bilamana sabtu alternate kerja halfday, ahad berjalan2 huhu..
Perjalanan dari Klang ke Janda Baik tak delah jauh sangat.. Dalam 1 jam 15 minit jer.. Orang takde lah ramai sangat pagi tadi mungkin sekolah dah nak buka, jadi ramai dah ibu bapa rehatkan anak2 dari sebarang aktiviti.
Pondok yang kami sewa tu berharga RM17 sehari... sekali parking untuk 1 kereta dan tandas. Tambahan RM1 untuk setiap kereta. Murah lah harga tu.. Tak tau lah tempat lain sebab tak survey pun. Ni pergi pun just pegi duduk.. Semua auntie mimi dah settlekan.
BBQ pit disediakan tapi uncle zaki bawak sendiri. auntie mimi bawak dapur masak juga.
Cuaca sangat baik hari ni. Nyaman sungguh. Kalau hari hujan, air akan keruh. Air bersih dan sejuk. Ibu tak mandi pun sebab ABC. Kalau tak... mau terjun tiruk dalam tu!
Ada sotong masak portugis.. Lamb terbaikkkkk... sedap sangat.
Menu potluck hari ni nasi lemak, beehoon goreng, ayam bakar, lamb, sotong, sandwich telur dan juga biskut batik.
Sebelum balik tu, Encik Hussien tuan punya Riverside bagi durian, husben auntie mimi kutip sendiri .. makan lagi. Reseki jangan ditolak!
Bertolak balik jam 3 pm... PUAS!
Alhamdulillah... piknik yang menyeronokkan... asal anak2 baik2...
Mungkin boleh repeat untuk kuarga kita plak next time!
mcm happening kan
ReplyDeleteboleh bg contact number tak?
ingat nak berpicnic February ni...raya cina
Owner tu nama En. Hussien-019 9483100
ReplyDeleteada website dia, search riverside
dah pegi baru tengok tadi..
banyak gak resort2/chalet kat janda baik tu..