Pages

Wednesday, April 1, 2020

#day15/28 PKP : Bubur Candil

Hari ni bermula fasa ke dia PKP iaitu tambahan 14 hari kuarantin di rumah.
Insyaallah 15.4.2020 kita akan menjalani kehidupan seperti biasa.
Ada yang terkesan dengan PKP dari segi ekonomi dan sosio keluarga. Yang duduk di rumah kecil dengan ahli keluarga yang ramai pasti membawa kepada ketidakselesaan. Begitu juga yang kerja gaji harian.

Kerajaan pula ada menawarkan beberapa rangsangan kepada golongan yang berkeperluan seperti bantuan kewangan RM1600 kepada isi rumah B40, RM1000 kepada isi rumah M40 dsb.
Semoga memberi manfaat kepada penerima.

Ok lah.. cerita hari ni takde apa sangat sebab kejar dateline yang diberi. Sangat stress bila limited source.
By 11.30 PM setel. Alhamdulillah. Tunggu esok pulak ada tak tambahan huhu..

Berbalik pada menu yang diminta oleh Wafi. Dah lama minta tapi asyik tertangguh..bubur bulat-bulat aka bubur candil.

Bubur ni yang ibu ingat dibuat bila ada acara turunkan tanah bagi kanak-kanak yang baru boleh melangkah. Kiranya dah buat bubur letak dalam mangkuk sikit, alas daun pisang.. bagi kanak2 ni sentuh guna kaki sikit daun pisang tu dan letakkan kaki di atas tanah.
Bubur tu boleh lah makan.

Sekarang jarang dah orang amalkan tapi bubur ni biasa ada di kenduri2.


Bubur Candil

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung pulut
2. 1 cawan tepung gandum
3. Sedikit air garam
4. Pewarna
5. 1 cawan gula putih (boleh adjust ikut manis masing2)
6. 1/2 cawan gula melaka
7. 2 cawan air (untuk rebus doh)
8. 2 cawan santan cair (kalau nak kuah lebih tambah lagi)
9. 1 cawan santan pekat
10. 4 helai daun pandan
11. Secubit garam

Cara-cara
1. Campurkan no 1-3 dengan air sedikit2 hingga dapat doh yang tidak melekat di tangan.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan 2 daripadanya bubuh warna.
3. Bulatkan kecil2 dan letak atas dulang yang ditabur tepung gandum.
4. Golek2 kan dalam tepung untuk elak melekat satu sama lain.
5. Didihkan 2 cawan air.
6. Masukkan doh yang dibulat2 tadi dan masak. Kalau dan timbul2 tu cukuplah masaknya.
7. Dalam periuk lain (buat siap) masakkan gula putih dan gula melaka sampai larut dan tapis.
8. Masuklan dalam bubur dan tambah daun pandan.
9. Masukkan santan cair dan sedikit garam. Kacau rata dan masukkam santan pekat hingga menggelegak.
10. Sejukkan sedikit dan boleh hidang.


No comments:

Post a Comment