Pages

Wednesday, April 22, 2020

#day36/42 PKP : Uniform PKP

Musim PKP ni anak-anak memang tak keluar rumah... kecuali duduk tepi rumah petang2 masa ibu sapu sampah atau petik daun pandanšŸ¤£.

Kain baju untuk dibasuh pun kurang.. kadang 2 hari sekali baru basuh sebab load tak penuh.. tak mahu bazir air.

Mana tak baju sikit... ada yang mandi sehari je dengan alasan tak keluar rumah dan tak berpeluh.. aikkk... macam tu pun ada. Sebabnya ada yang selepas solat subuh tidur balik lepastu dekat nak zohor baru bangun.. haihhh.. itu abang mi lah.. tidur lewat buat kerja sebab siang line slow.. hurrmmm..

Yang Wafi pulak, sepanjang PKP ni dia akan rotate baju yang sama. Kami panggil uniform PKP. Baju kaftan beli di Terengganu dan baju blouse panjang dari kain cotton pemberian makngahnya. Baju-baju ni dah lama pakai jadi kain agak nipis dan sejuk.

Itu yang diulang-ulang pakai tak kira siang malam.. asal kering je pakai. Musim PKP ni kan cuaca panas.. sedaplah pakai.. Kalau tak pakai tu maksudnya masih lagi di ampaian belum kering. Lepastu muka monyok sebab kena pakai t-shirt je.

Wafi... wafi...

Nanti habis PKP ibu belikan lah lagi baju camtu.. rasa ada banyak kat kedai MU tu.

No comments:

Post a Comment