Pages

Friday, April 3, 2020

#day17/28 PKP : Laksam


Bila Cik Baya share dalam FB resepi laksam, teringin plak nak nak buat sendiri... ye lah.. selalu beli je.
Bahan2 kebetulan ada di rumah.

Macam ni lah bentuk laksam
Speechless sebab tak sangka boleh buat sendiri hehe.
Sebab hanya ada satu je tudung periuk jadi lambat lah sikit sebab nak tunggu sejuk sket baru boleh gulung. Tu yang lambat sikit siap.


Laksam

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung beras
2. 1/4 cawan tepung gandum
3. Secubit garam
4. 1 SB minyak masak
5. 1 cawan air biasa
6. 2 cawan air panas

Cara-cara
1. Campurkan air biasa, garam dan minyak masak.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk sehingga sebati.
3. Masukkan air panas dan kacau lagi.
4. Panaskan periuk kukusan.
5. Letakkan tudung periuk dan sapukan minyak. Tunggu sehingga tudung periuk panas.
6. Masukkan adunan dalam 3 senduk dan tutup kukusan.
7. Tunggu dalam 4-5 minit atau adunan jadi gelembung2.
8. Keluarkan penutup periuk dan sengetkan sikit untuk keluarkan air jika ada dan tunggu sekejap.
9. Tepi2 adunan tu tolak sikit dengan hujung pisau supaya adunan mudah tanggal.
10. Gulung sikit dan bagi tudung periuk menegak/senget.
Adunan akan bergulung dengan sendirinya dan terus jatuhkan ke pinggan
11. Sapukan sikit minyak sebelum next adunan. Kalau tutup periuk melekat boleh basuh dan ulang proses dari mula.

Adunan ini boleh dapat dalam 6-7 batang.

Kuah laksam

Bahan-bahan
1. 6 ekor ikan kembung/selayang/mambung ) ikutlah berapa banyak nak letak)
2. 3 keping asam gelugor
3. 1/2 SK garam
4. 1 labu bawang besar
5. 3 ulas bawang putih
6. 1 inci halia
7. 1 SK lada hitam kisar
8. Garam, gula, secukup rasa
9. 1 biji kelapa parut dan ambil santan pekat dan cair

Cara-cara
1. Ikan, asam gelugor dan garam rebus dengan air separas ikan. Guna nocxa 30-40 minit
2. Sejukkan sket, asingkan asam gelugor dan blender ikan termasuk tulang hingga halus.
3. Blend bawang merah, putih dan halia dengan secawan santan cair.
4. Satukan ikan blender, bahan kisar, lada hitam dan santan.
5. Sentiasa kacau dan perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
6. Bila dah hampir gelegak masukkan asam keping semasa merebus ikan tadi.
7. Sejukkan sket dan boleh hidang.

Sambal cili

Bahan-bahan
1. 5 biji cili padi merah
2. 3 biji cili besar merah
3. 1 SB gula
4. Sedikit garam
5. 2 SB cuka

Blendkan bahan di atas. Rasa tu boleh adjust.

Ulam-ulaman

Taugeh
Kacang panjang
Kobis
Timun
Bunga kantan
Daun kesom

1st trial.
Kena improvise.
Overall hampir puas hati lah.
Insyaallah akan repeat.

Yang penting ada tutup periuk.
Pinjam rumah nenek.
Nak pulang macam taklah.. tunggu kena tuntut hahaha..

No comments:

Post a Comment