Pages

Tuesday, April 21, 2020

#day35/42 PKP : Kuih Ketayap

Dari semalam dah teringin buat kuih ketayap bila nampak kat FB MAHN. Terus gugel dulu.. suka baca tip & trick
 Baru boleh dapat gambaran.. chehhh.. poyo

Sekali pagi ni Cik Baya post ketayap buat breakfast. Wallaweeiii... sedap plak. Check bahan semua ada kecuali telur. Rasanya macam tak sampai seminggu satu papan telur habis. Mujur inche jalan rebung nak keluar beli.

Resepi ni menghasilkan 16-17 keping ketayap.


Kuih Ketayap

Bahan-bahan inti
1. 3/4 biji kelapa parut
2. 1 cawan gula merah
3. 1/2 sk garam
4. 3 helai daun pandan
5. 1 SB tepung gandum
6. 1 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan air dan gula merah dalam kuali sehingga cair.

2. Bila dah cair tapiskan sebab nak asingkan serat tebu dalam gula ni.

3. Masukkan air gula merah, kelapa parut, garam dan daun pandan yang disimpulkan.

4. Masak dengan api kecil dan sentiasa dikacau.

5. Apabila air gula sudah meresap dalam kelapa parut tu masukkan tepung gandum. Fungsi tepung gandum untuk inti melekat dan tidak berderai. Inti biar lembab jangan terlalu kering.

6. Angkat dan letak tepi. Biarkan inti sejuk.

*buat inti lebih pun ok untuk dipelbagaikan.

Bahan-bahan crepe/lempeng
1. 2 cawan tepung gandum
2. 3 cawan santan
3. 1 biji telur
4. 2 SB minyak masak
5. 4 helai daun pandan
6. Sedikit pewarna hijau
7. 1/2 sk garam halus

Cara-cara
1. Potong daun pandan dan blend dengan kelapa parut untuk dapatkan 3 cawan santan berperisa pandan.
(Kelapa 1 biji : 3/4 inti dan 1/4 santan)

2. Campurkan tepung gandum, santan, minyak, pewarna dan garam ke dalam bekas dan kacau guna whisk. Boleh juga diblend.

3. Panaskan kuali non stick dan oles dengan minyak guna daun pandan. (Ambil 5 helai daun pandan dan simpulkan dan masuk minyak masak ke dalam mangkuk)

4. Ambil 1 - 1 1/2 senduk adunan tepung ke atas kuali dan ratakan guna belakang senduk. Nipis sahaja kepingan crepe/lempeng.

5. Tunggu sehingga permukaan crepe sama warna. Dalam 2-3 minit. Tidak perlu tutup dan terbalikkan crepe.

6. Angkat kuali dan guna sudip untuk keluarkan dan sorongkan ke atas pinggan.

7. Boleh ulang proses yang sama.

8. Ambil 2-3 sudu kecil inti dan letak di tepi bahagian bawah crepe. Gulung sekali dari bawah, lipat kiri dan kanan kemudian gulung ke atas. Masa gulung tu tekan ke dalam sikit untuk bagi kemas.

Abaikan perbezaan saiz🤭🤭
Puas hati guna resepi di atas. Rasa crepe cukup lemak masin. Tekstur lembut dan senang digulung walau buat nipis.

Inti pun sedang elok manisnya walau tak guna gula putih. Warna pun gelap berkilat. Bila buat sendiri bolehlah letak inti banyak mana.

Setakat hari ini kes baru Covid19 di bawah 100 dan harap terus berkurangan dan sembuh akan lebih ramai.

Lagi beberapa hari Ramadhan akan menyapa.

No comments:

Post a Comment