Pages

Wednesday, October 2, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Hotel Mersi, Bukittinggi

Selepas makan bakso tu, Jimi bawa kami ke sebuah lagi kedai pakaian sulaman. Di situ kalau beli kain pasang, boleh ditempah terus dan esok malam boleh siap. Fikir punya fikir, beli je lah tanpa menempah sebab takut tak kena dengan selera. Ye lah.. kan dah biasa dengan tailor sendiri. Ibu ingat nak beli baju batik ayah berlengan panjang tapi tak ada saiz lah pulak.

Last membeli hari ni, mata pun dah tak larat, kami minta Jimi bawa sahaja ke hotel. Masa tu pun dah jam 8.30 malam waktu tempatan. Sampai di hotel, sudah didaftarkan kerana agent Gerbang Travel & Tours telah awal-awal meminta detail nama dan passport. Jadi kami hanya mengambil kunci bilik. Beg pun porter hotel yang hantarkan ke bilik.

Kami menginap di Hotel Mersi beralamat di Jl. Tuanku Nan Renceh No.30, Kayu Kubu, Kec. Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26111, Indonesia

Hotel katil queen untuk 2 orang.

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Singgah Sulaman Mayang Taurai dan Makan Malam Di Bakso Rusuk Kenangan

Daripada Pusat  Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, kami dibawa pula ke tempat shopping. Aihhhh... baru hari pertama dah kena shopping ke 😂
Mula-mula Jimi nak bawa kami ke Sulaman & Bordian Istano Minang Aia Angek tapi memandangkan parking penuh jadi lajak ke depan lagi. Singgahlah ke Sulaman Mayang Taurai.

Tengok-tengok je kak.. kalau taknak beli takpe.. kita pergi hari lain.

Ahhh.. gitu ayatnya.

Being us yang adik beradik.. sorang beli.. yang lain pun terasa nak beli.
Menjinjinglah plastik hasil dagangan keluar dari kedai.
Kat sini masing-masing beli kain pelikat dan kain batik.

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM)

Lokasi seterusnya kami ke Muzium Bustanil Arifin yang merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).


Bergambar dahulu di depan muzium.

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Air Terjun Lembah Anai

Lepas lunch perjalanan diteruskan ke Bukittinggi. Di pertengahan jalan singgah sebentar Air Terjun Lembah Anai yang terletak di tepi jalan. Air terjun ini terletak di Singgalang, Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. 


Air terjun setinggi 35 meter ini berada di tepi Jalan Raya Padang-Bukittinggi di kaki Gunung Singgalang. Air Terjun Lembah Anai dari aliran Sungai Batang Lurah, anak Sungai Batang Anai yang berhulu di Gunung Singgalang.

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Makan Tengahari Di Rumah Makan Pasia Piaman

Dari airport, Jimi bawa kami rumah makan/restoren untuk lunch.
Dekat je dengan airport rumah makan ni.

Rumah makan Pasia Piaman.
Hari terakhir ibu ada tanya macamana agent pilih rumah makan sebab banyak betul rumah makan samada di Bukittinggi atau Padang. Katanya pemilihan berdasarkan masakan, harga dan juga fasilities yang disediakan.
Agent akan cari rumah makan luas bagi menampung bilangan tamu, toilet yang sempurna dan kalau ada surau adalah bonus. 

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Perjalanan Dari Kuala Lumpur - Padang

Alhamdulillah ibu, nenek, nenekna, Cik Ami, Cik Baya dan Cik Fatin sudah kembali dari bercuti-cuti di Padang/Bukittinggi, Indonesia. Padang/Bukittinggi ni terletak di Sumatera Barat.
Percutian 4 hari 3 malam dari 27/9/2024 sehingga 30/9/2024

Plan dari bulan Febuari 2024 bila dapat jadual Pulang Bermalam dan Outing Wafi. Jadi tak ada lah clash dengan aktivitinya. Lagipun ibu kena plan juga dengan jadual kerja.

Baru kali ketiga ke Indonesia setelah ke Aceh pada tahun 2019 dan Aceh lagi😁 pada tahun 2020.

Penerbangan pada jam 11.00 pagi jadi kami berempat bertolak dari rumah jam 5.30 pagi menaiki grab Cik Awie. Sejam sampai dan solat Subuh di KLIA2 dulu.

Cik Fatin dari Johor Baharu malam sebelumnya menaiki flight dan stay di hotel berdekatan, manakala Cik Ami dari rumah di Kajang. Singgah solat Subuh di bilik Cik Fatin dan terus ke KLIA2.

Berkumpul dulu sebelum check-in luggage.