Pages

Friday, October 4, 2024

Nenek Travel Ke Mesir Pula

Baru 4 hari balik dari Padang/Bukittinggi nenek ke Mesir pula. Kali ni ummi bawa. Sempat tu nenek buat sambal tempe dan pisang untuk dibawa ke Mesir. Nak bagi Intan katanya. ehhh... anak-anak yang ditinggalkan pun ada bahagiannya 😁

Tengok tu jadual bulan Sept & Oct 2024, padat. Asyik jalan je. Siapa yang booking nenek jalan-jalan kena tulis siap-siap dalam whatsapp group info. Takut clash dengan yang lain. Ramai anak kan... karang ada yang merajuk balik rumah, nenek tak ada. 

Flight pagi ni jam 6.40 pagi. Pergi berlima sahaja, ummi, Cik Anuar, Abang Imran, Isyraf dan nenek.
Nanti transit 9 jam di Madinah sebelum ke Mesir.

Sepatutnya Abang Izzat pergi jadi cukuplah satu keluarga ke Mesir. Disebabkan Abang Izzat baru sahaja kerja dan balik pula dari Jogjakarta, bos nya reluctant lah bagi pergi. 10 hari kan.

Abang Izzat dan Abang Imi hantar pagi tadi. Jam 1.45 pagi keluar dari rumah nenek. Kena bawa 2 kereta sebab luggage besar. 

Pagi ni mesti Bami tidur tak sedar diri, entah jam berapa balik. Semalam pun sebelum 7 pm pergi tengok bola di Stadium MBPJ. Habis perlawanan terus ke rumah nenek. 

Ummi dan keluarga ke Mesir untuk menghadiri majlis konvokesyen Abang Muhammad. Sekaligus dapatlah jenguk Intan di sana.

Rezeki ummi anak-anak belajar jauh jadi boleh lah berjalan-jalan juga. Insyaallah mereka akan ke Madinah dan Mekah juga untuk buat umrah. Ummi pernah kata taknak berjalan-jalan selagi belum tunaikan haji. Ni dah selesai haji memang berjalan jauh lah kerjanya nanti 🥰

Semoga perjalanan musafir nenek, ummi sekeluarga Allah permudahkan.
Selamat pergi dan selamat kembali.


 

1 comment:

  1. Aktif nenek ya. Berjalanlah selagi kudrat masih ada ya. Oh ada konvokesyen ya.....sempat pula buat sambal tempe ya.

    ReplyDelete