Pages

Friday, October 4, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 2 - Pariangan Desa Teindah

Lepas lunch tu, kami dibawa pula ke Desa Pariangan yang terletak di Tanah Datar dan di lereng Gunung Marapi. Memasuki ke kawasan Desa Pariangan ni banyak rumah-rumah tradisional dan surau-surau.

Desa Pariangan ni pernah dinobatkan antara salah satu desa terindah. Penduduk di sini kehidupannya cukup sederhana namun mewah dengan hasil tempatan. Untuk memasak, mereka hanya perlu membeli minyak masak sahaja ataupun gas lah kalau masak dengan gas. Mereka ada padi sendiri, ternakan ikan, ternakan ayam, pisang, sayur-sayuran dan sebagainya. Kiranya tanah mereka sangat subur.

Air pula didapati secara percuma dari gunung/sungai. Mandi sahaja di surau-surau.
Kalau tengok tepi-tepi rumah mereka ada aliran air yang sangat jernih masuk ke dalam longkang. 
ahhhhh..... seronoknya mereka!

Nyamankan suasananya.
Ehhh... setiap kali menulis atau menyebut keadaan di sana pasti perkataan "nyaman" yang diungkapkan. Ia tak sejuk macam Cameron Highland waktu malam tapi nice weather lah.. berangin dan sejuk yang sederhana.

Nampak penduduk tempatan bertani. Nenek-nenek masih kuat untuk membanting padi. Tak capture pula gambar, masa tu ia berada di sebelah kiri sawah.

Gambar-gambar di bawah dah tak ikut aturan. Tuliskan je lah captionnya. Tak larat nak arrange sebab berpinar biji mata.

Geng baju hijau. 

Tempat yang kami singgah ni ada sebuah gerai makan dan few benches. Bolehlah duduk-duduk sambil menikmati suasana di situ. Sesiapa yang suka scenery begini pasti boleh layan.

Geng muda-mudi tengah diskus something hehe..

Nenek jadi model jap.
Sambil duduk-duduk orderlah sedikit kudapan. Order yang senang-senang. Pisang cheese tu sedap makan di kala sejuk-sejuk.

Jus mangga.

Teh tarik... rasanya dari peket.

Jus Alpokat.
Cik Baya tu dah kenapa 😲

Udah ler tu... bagi kami makan pisang goyenggggg tu!

Bak kata Jimi, bahan bukti dah sampai nak bagi kat GTT 😂


Group photo.

Nak manja-manja dengan mader. Malas mader nak layan hahahha


Sebenarnya kalau naik lagi ada lagi penempatan dan kawasan hijau begini. Tempat ni sangat luas.

Masa nak masuk van tu baru perasan ada seorang pakcik ni berjualan Sate Padang dan Katupek. Kalau ikut plan Jimi nak bawa kami makan Sate Padang pada hari ketiga bila sampai di Padang nanti. Takpe lah kita makan yang ini dulu. 

Kami ambil 10 cucuk sahaja sate ayam, itu yang ada pun. Lepas tu sate ni dimasukkan ke dalam kuah.

Bolehlah nenek makan sebab tiada kacang. Secucuk Rp2,000 dan katupek (ketupat bungkus daun kelapa hijau) berharga Rp5,000 sebiji.

Makan Sate Padang di Bukittinggi.

Patah balik duduk bawah pokok. Makan kat sini.

Nenek layan je sate ni.

Sebelum masuk dalam van, bergambar dulu berlatar belakangkan Gunung Marapi. Tapi sayangnya sepanjang kami berada di Bukittinggi, Gunung Marapi ni malu-malu sahaja di balik awan.






Ok last picture!

4 comments:

  1. Sejuk mata memandang!
    Lama-lama di sini pun tak apa.

    ReplyDelete
  2. Sy suka tempat² gini... Rasa tenang je tgk kehidupan penduduk sini...

    ReplyDelete
  3. jalan-jalan dan makan-makan di sana kan :)

    ReplyDelete