Pages

Wednesday, October 2, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Perjalanan Dari Kuala Lumpur - Padang

Alhamdulillah ibu, nenek, nenekna, Cik Ami, Cik Baya dan Cik Fatin sudah kembali dari bercuti-cuti di Padang/Bukittinggi, Indonesia. Padang/Bukittinggi ni terletak di Sumatera Barat.
Percutian 4 hari 3 malam dari 27/9/2024 sehingga 30/9/2024

Plan dari bulan Febuari 2024 bila dapat jadual Pulang Bermalam dan Outing Wafi. Jadi tak ada lah clash dengan aktivitinya. Lagipun ibu kena plan juga dengan jadual kerja.

Baru kali ketiga ke Indonesia setelah ke Aceh pada tahun 2019 dan Aceh lagi๐Ÿ˜ pada tahun 2020.

Penerbangan pada jam 11.00 pagi jadi kami berempat bertolak dari rumah jam 5.30 pagi menaiki grab Cik Awie. Sejam sampai dan solat Subuh di KLIA2 dulu.

Cik Fatin dari Johor Baharu malam sebelumnya menaiki flight dan stay di hotel berdekatan, manakala Cik Ami dari rumah di Kajang. Singgah solat Subuh di bilik Cik Fatin dan terus ke KLIA2.

Berkumpul dulu sebelum check-in luggage.

Kat sini ibu jumpa unimate, Watie dari Melaka. Beliau bawa anak ke Terengganu sebab ada Swimming Competition.
Kalau dah jodoh, di sini pun boleh jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Rasanya 10 tahun lepas last sekali ketemu.

Queue.

Inilah gunanya ada Cik Fatin, dialah yang tolong print boarding pass dan luggage tag. Kakak-kakaknya agak terkial-kial ๐Ÿ˜‚. Itu yang ibu sanggup bawa masuk luggage ke kabin dari check-in masa travel berdua dengan Wafi ke Hatyai.

Jumpa geng-geng pesara ATM yang sangat friendly, bagi tips and tricks. Geng-geng yang setiap bulan travel bersama. Pernah ke Padang/Bukittinggi 4 kali... seronok katanya. wowwwww.. sampai 4 kali!

Sekali... ayah Kak Lina Pompom rupanya... mahu dikenali sebagai Bro. Ben.
Seronok jumpa orang baik-baik ๐Ÿ˜

Selesai check-in luggage barulah breakfast di Snek & Co sambil chit-chat.

Alhamdulillah dapatlah bawa nenek travel lagi tahun ini.

Cik Baya terpisah seat.

Menaiki pesawat Air Asia AK 406 sepatutnya depart jam 11.00 pagi tapi delay selama 20 minit. 


Penerbangan memakan masa 1 jam sahaja dan kami tiba di Minangkabau International Airport jam 12 tengahari waktu tempatan.

Disebabkan seat kami di bahagian belakang, jadi kami turun sahaja dari pintu belakang menggunakan tangga. 

Cepat-cepat ambil gambar sebelum diarahkan masuk ๐Ÿ˜

Cepat sikit sampai ke gate untuk ke Imigresen dan Kastam.

Dijemput oleh supir yang telah disediakan oleh agensi Gerbang Travel & Tours.

Berkenal-kenalan dahulu dengan supir dan tour guide, Jimi sambil beliau mengagih-agihkan kudapan aka welcoming snack & drink.


Kudapan berupa kuih tempatan.


Bergambar kenangan di hadapan Bandara Minangkabau. 


Simpan sini buat kenangan.

Aduhh.... intro pun dah panjang.
Harap rajin lah menulis untuk entry-entry seterusnya.
Kena tulis cepat-cepat sebelum lemau.

Nota : Agensi siap-siap bagi info dibawah.

1. INFO TAMBAHAN

Wajib buat akuan kesihatan untuk masuk ke Indonesia.

Boleh scan QR dan ikut arahan seterusnya๐Ÿ™

https://sshp.kemkes.go.id/

Yang ini setiap penumpang kena isi.

Nanti save je dalam handphone kalau diminta oleh pegawai di airport.
Masa kami sampai mereka tak minta, mungkin random sahaja. Tapi wajib isi.

Kalau tak silap masa isi form ni, baru dilaksanakan 1 August 2024. Mungkin disebabkan virus Mpox yang sedang tular sekarang ini.


2. DECLARATION CUSTOMS


Ini barcode untuk isi deklarasi kastam di Indonesia. Boleh scan code ini dan isi siap2 sebelum fly.

https://ecd.beacukai.go.id/

1 family boleh isi sekali.

Lepas isi jangan lupa printscreen & simpan barcode tu untuk discan disana.

Boleh buat anytime sebelum sampai indonesia ya..

Ibu isi 1 je GF tu untuk 6 orang.
Masa sampai kat kastam tunjukkan je QR code tu nanti pegawai akan scan dan kira jumlah luggage yang kita isi. QR code tu ibu print siap-siap. Kalau save dalam handphone je pun boleh.

 

5 comments:

  1. good tips Ibu, nanti sambung lagi ye kisah di Padang.. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus ada cik fatin tu.. dlm trip kena ada sorang yg buatkan kerja kerja documentation tu hahaha..

    ReplyDelete
  3. Belum pernah sampai lagi ke Minangkabau ini.. Miga satu hari nanti berpeluang ke sana :D

    ReplyDelete
  4. Wah... Mbak berkunjung ke Padang... Keren Mbak.
    Saya belum pernah ke Padang, baru sempat ke Palembang ketika keponakan menikah.

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan- jalan dengan family...ini yang SA nak buat tapi tak pernah terjadi...

    ReplyDelete