Baru 4 hari balik dari Padang/Bukittinggi nenek ke Mesir pula. Kali ni ummi bawa. Sempat tu nenek buat sambal tempe dan pisang untuk dibawa ke Mesir. Nak bagi Intan katanya. ehhh... anak-anak yang ditinggalkan pun ada bahagiannya 😁
Nanti transit 9 jam di Madinah sebelum ke Mesir.
Sepatutnya Abang Izzat pergi jadi cukuplah satu keluarga ke Mesir. Disebabkan Abang Izzat baru sahaja kerja dan balik pula dari Jogjakarta, bos nya reluctant lah bagi pergi. 10 hari kan.
Abang Izzat dan Abang Imi hantar pagi tadi. Jam 1.45 pagi keluar dari rumah nenek. Kena bawa 2 kereta sebab luggage besar.
Pagi ni mesti Bami tidur tak sedar diri, entah jam berapa balik. Semalam pun sebelum 7 pm pergi tengok bola di Stadium MBPJ. Habis perlawanan terus ke rumah nenek.
Rezeki ummi anak-anak belajar jauh jadi boleh lah berjalan-jalan juga. Insyaallah mereka akan ke Madinah dan Mekah juga untuk buat umrah. Ummi pernah kata taknak berjalan-jalan selagi belum tunaikan haji. Ni dah selesai haji memang berjalan jauh lah kerjanya nanti 🥰
Semoga perjalanan musafir nenek, ummi sekeluarga Allah permudahkan.
Selamat pergi dan selamat kembali.
Aktif nenek ya. Berjalanlah selagi kudrat masih ada ya. Oh ada konvokesyen ya.....sempat pula buat sambal tempe ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteDulu masa besarkan anak tak mampu nak jalan-jalan. Sekarang anak-anak bawa berjalan, seronoklah mak.
alhamdulillah, rezeki nenek dapat berjalan...padat betul jadual nenek tu
ReplyDeleteTak boleh duduk diam 😁
Delete