Pages

Friday, October 4, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 2 - Istano Basa Pagaruyung

Wisata seterusnya yang kami singgahi adalah Istano Basa Pagaruyung  yang terletak di mukim Tanjung Emas berdekatan pekan Batu SangkarKabupaten Tanah DatarSumatera BaratIndonesia.

Snap photo ni sebelum masuk ke pintu parking di sebelah kanan.


Istana ini telah beberapa kali musnah akibat kebakaran iaitu pada tahun 1804, 1966 dan 2007. Beberapa kali dibina semula dan kini berfungsi sebagai muzium.

Sebelum memasuki istana ini, kami menaiki buggy mengelilingi kawasan istana dengan sedikit bayaran.

Cantik sangat binaan ni walau dari jauh.


Ambil gambar grup dulu.

Suka betul lah diorang ni ambil gambar 0.5
Kaki dah macam zirafah 😏

Nenek jadi model sebab nak setting tempat.

0.5 lagi.. hurmmmm

Istana ni ada 3 tingkat.

Di tingkat 1 ada 9 ruang dan 2 anjungan.
7 ruang untuk anak perempuan yang sudah berkahwin, 1 ruang untuk singgahsana dan 1 ruang untuk ke tingkat atas.

2 anjungan pula terdiri dari bilik Bundo Kanduang/Ibu Suri/Ratu yang dinamakan Anjung Perak.
Anjung di sebelah kiri dan bertirai kuning.

Manakala di sebelah kanan tu yang bertirai hitam adalah Anjung Rajo Babandiang dan ia bertirai hitam.

Setiap anjung ada tiga level.
Level 1 : tempat bersidang
Level 2 : tempat beristirehat
Level 3 : tempat tidur/beradu

Ini adalah siling😀

Oleh kerana istana ini diperbuat daripada kayu, jadi suasananya agak nyaman.

Kita di tingkat 2 pula dimana ia dihuni oleh puteri raja yang belum berkahwin.


Masih di tingkat kedua.
Rasa macam terbalik lah pulak sebab syiling tu umpama karpet jika di bawah.

Masa di Ummi Auni ada yang menegur Cik Baya dan Cik Ami ni kembar.
Ia lah.. macam nak sama.
Budak berdua ni BFF dari kecil.

Ini pula di tingkat 3 yang digunakan untuk menyimpan pusaka raja.

Cantik sangat pemandangan kat luar tu.

Dari tingkap di tingkat 3 ni nampat signbord Pagaruyung.
Di sanalah Bukit Batu Patah, asalnya Istana Pagaruyung sebelum dipindahkan ke tempat sekarang.

Masa nak turun dari tingkat 3 tu ibu hampir tergelincir. Tangga yang diperbuat dari kayu tu agak licin. Mujur lah ibu kalau turun tangga memang jenis pegang pemegang tangga tu.
Macam nak gugur jantung. Masa tu Cik Fatin ada di depan ibu.

Sebelum ke tingkat 1 tu ibu buka stokin dulu untuk elak licin.
Lagipun tangga tu agak curam juga.

Seterusnya kita ke bahagian dapur yang terletak di bahagian yang berasingan.
Bahagian kanan adalah dapur manakala bahagian kiri adalah ruang makan.

Tungku.

Atas tu ada  rak untuk letakkan periuk belanga.

Peralatan dapur.

Ruang makan.

Masuk ikut tangga depan, keluar ikut tangga belakang. Masa nak masuk tu petugas sediakan plastik yang bernombor nanti ambillah semula dari plastik tersebut.
Tiada bayaran tapi kalau nak bayar seikhlas hati ada tabung disediakan.
Di bahagian belakang istana ada penjaja yang menjual souvenir.
Cik Ami & Cik Baya beli beberapa beg dari jerami untuk pakai sendiri dan diberi kepada anak-anak.

Bila ibu pergi ke van, hanya ada Cik Fatin dan Jimi sahaja.. mana yang lain?
Ibu minta Cik Ami dan Cik Baya cari nenek dan Nenekna.





Ehh.. sempatlah pulak diorang posing sambil-sambil cari nenek.
Rupanya nenek ada di surau bersebelahan dengan tandas.
Nenek kata nenek dengar suara kami masa di tandas.

Belakang tu rangkiang.

Sudah lah tu gambaran. Kita nak makan pulak. Lapar dah ni.
Kuda pun ibu boleh makan!

1 comment:

  1. kalau pakai o.5 tu..memang auto kuruih...terkejut tengok diri sendiri... hahaha

    ReplyDelete