Pages

Wednesday, October 2, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Singgah Sulaman Mayang Taurai dan Makan Malam Di Bakso Rusuk Kenangan

Daripada Pusat  Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, kami dibawa pula ke tempat shopping. Aihhhh... baru hari pertama dah kena shopping ke 😂
Mula-mula Jimi nak bawa kami ke Sulaman & Bordian Istano Minang Aia Angek tapi memandangkan parking penuh jadi lajak ke depan lagi. Singgahlah ke Sulaman Mayang Taurai.

Tengok-tengok je kak.. kalau taknak beli takpe.. kita pergi hari lain.

Ahhh.. gitu ayatnya.

Being us yang adik beradik.. sorang beli.. yang lain pun terasa nak beli.
Menjinjinglah plastik hasil dagangan keluar dari kedai.
Kat sini masing-masing beli kain pelikat dan kain batik.

Dah shopping, nak dinner pula. Bila ditanya nak makan apa, nasi padang lagi ke?
Taknak... kami nak makan yang panas-panas. Jadi Jimi suggest makan bakso.

Berhenti di Rumah Makan Bakso Rusuk Kenangan.

Masing-masing order Bakso Rusuk Jumbo dan ada yang order single rusuk bakso.
Dah terasa nak meratah-ratah rusuk tu pegang dengan tangan.

Sekali....
Rusuk sudah habis ya. Jika mahu kena tunggu.

Aiseyyy... rusuk masih keras kejung berapa lama mau masaknya.

Order je lah apa yang ada.

Ibu ambil Bakso urat.

Yang lain ambil bakso biasa dan entah apa tak ingat.

Ibu masukkan 1/2 sudu kecil cili pun dah rasa pedas.
Ada yang letak 2 sudu cili ... makkaihhhhhh.... sampai tak boleh hirup supnya.
Pandailah sangat... patut bubuh sikit-sikit dulu cili tu.
Ingat ini kat Malaysia!

Nenekna ambil mi ayam.
Podehhhhh katanya.

Malam ni ada yang order Jus Alpokat dan Es Jeruk.
Tapi tak setanding di RM Pasia Piaman.
Neneknak order coklat panas.

Memang betul-betul lah kenangan makan di sini.
Asyik dibuat lawak sahaja.

Bakso Rusuk Tinggal Kenangan!
 

3 comments:

  1. Sedap hirup sup panas2... Tapi, memang podeh lah masakan sana

    ReplyDelete
  2. Teringat masa ke BukitTinggi ni. Lauk dia Dania asyik nak makan ayam pop je.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa Bakso...SA tengah craving Bakso...

    ReplyDelete