Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi Indonesia 2024 : Day 2 - Beli Tongkat Nenek

Masa hari pertama sampai Padang, nampak nenek susah pula berjalan bila dah turun dari van. Mahupun lepas duduk dan bangun dari kerusi nenek rasa sakit. Dari balik Kelantan dah rasa sakitnya tapi lepas dah berdiri 2-3 minit lepas tu ok je... laju je jalannya. 

Dia macam nak kena adjustkan paha tu.. bila dah tak sakit nenek ok. Bila cakap nak belikan tongkat nenek taknaklah.. katanya macam orang sakit. Laaa.. pakailah masa sakit kalau tak sakit takyah lah pakai. 

Minta Jimi carikan farmasi.. Jimi.kata kat sini takde farmasi... Apotek adalah (dengan berseloroh).. sabar je lah.. kita mana tau kat sini namanya Apotek.

Cari apotek yang besar sikit.

Masa tu Cik Fatin dan Jimi je turun. Tunjuk gambar ni. Nenek kata yang kaki 4 tu taknaklah. Memanglah takde nak beli kan yang tu. Beli yang sebelah kiri.

Nenek tanya yang lipat takde ke.. kawan mak pakai camtu.. adehhhh... mana nak cari. Nantilah balik Malaysia cari.

Tongkat kiri tu berharga Rp88,000.


Beli sekali Salonpas saiz besar dan bandage.

Bila nak bayar rupanya mahal eh harga Salonpas tu.. dalam Rp123,000, ada 2 pcs sahaja. Tongkat lagi murah rupanya😁

At least bila pakai tongkat takde lah terbongkok² jalan, stabillah sikit. Bila tak pakai ibulah tolong pegangkan nanti.

Sekali bila kat airport KLIA2 ibu terlupa nak ambil dari troli. Ibu yang letakkan sebab nenek tak pakai.

2 hari lepas belikan lah juga kat farmasi sebab nenek kan nak pergi Mesir 10 hari. Dapatlah juga tongkat lipat ni berharga RM45. Kalau tak pakai mudah masukkan dalam beg. Ibu tengok gambar yang ummi share nenek tak pakai pun tongkat di Masjid Nabawi (transit 9 jam di Madinah). 
Alhamdulillah. 

Lepas beli tongkat tu balik hotel terus. Dah siap² bersihkan diri dan solat, apa lagiiiii... kiralah rupiah yang tinggal😅.

Baru 2 hari duit tinggal berapa je huhu...

Ini je lah yang tinggal untuk belanja lagi 2 hari. Rp601,000 🤧🤧
Makan minum semua dah cover dalam pakej, duit untuk shopping lah. 

Adalah spare Ringgit Malaysia. Lagipun rupiah nenek banyak lagi bolehlah pinjam. owh.. ya, e-wallet Touch n Go pun boleh guna. Mujur tak jumpa ATM CIMB😅

Peniaga kat sana lagi suka kita bayar pakai rupiah.. diorang convert terus 0.0003 (sebelum pergi tukaran dalam 0.00285)

ehhh.. tidak... selagi ada rupiah kita bayar guna rupiah.

Kadang tu mereka dah siap² convert duit Malaysia.. ehhhh... mana boleh.. kita takleh rugi😆

Ok lah... cukup catatan hari kedua.

 

1 comment:

  1. Mungkin byk berjln kot.. Tak sempat rest, tu yg kaki nenek terasa sakit

    ReplyDelete