Pages

Sunday, October 20, 2024

Dinner Di The Coffee Bean & Tea Leaf Dan Cuba Ayam Goreng Richeese Factory

Petang tadi early dinner di The Coffee Bean & Tea Leaf yang baru dibuka di Eco Grandeur. Bolehlah ayah guna kupon-kupon diskaun yang dapat masa pergi konsert Cipta 2, M. Nasir.

Tengahari skip lunch sebab dah ambil heavy breakfast, Kak Widad buat nasi goreng kampung. 

Mula-mula Kak Widad tak nak ikut tapi bila fikir nak makan bagel hangat-hangat kenalah dine in. 

Ibu ambil Chicken Lasagna.

Tuna Sandwich pilihan ayah.

  • Spanish Latte
  • Karak Chai (campuran teh, susu & cengkih)
Pepperoni Bagel untuk Kak Widad.
Sepatutnya ayah orderkan Chicken Pesto tapi entah macamana tak terorder. Kak Wi kata cukuplah bagel ni sebab roti ni pun padat dan mengenyangkan.

Keluar dari TCBTL, kami masuk Richeese Factory. Bersebelahan je.
Kedua-dua restoren ni boleh drive through. Kami nak take away.

Kak Widad nak rasa Fire Chicken, ambil ala carte 2 pcs sahaja.
Pilihlah nak level pedas macamana. Mula-mula order pedas tahap 4 bila tanya staff situ tahap pedas sos ni menyengat. Dia advise try level 3. Ok lah.. sebab nak try je kan. Next time boleh up level.

Bila rasa..... 3 ni pun dah pedas menyengat bagi kami. Pijar di hujung lidah. Kak Widad yang makan seketul kata pijar bibir.
Jadi, kalau nak pedas level 3 dah ok buat kami, lebih pedas dari itu dah tak enjoy makan.

Next time kalau kami nak makan, lebih baik ambil yang original atau pedas 1 dan 2 dah cukup.

Bila ibu google, Richeese Factory ni dimiliki oleh Nabati Group dari Indonesia. 
Patutlah ejaan sos dieja sebagai "saus".

Pernah dengar Nabati?

Ni ha.... wafer cheese.

 

1 comment:

  1. X cuba lg Richeese..asal nak beli je sold out..termasuk burger dia..

    ReplyDelete