Pages

Wednesday, October 2, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Air Terjun Lembah Anai

Lepas lunch perjalanan diteruskan ke Bukittinggi. Di pertengahan jalan singgah sebentar Air Terjun Lembah Anai yang terletak di tepi jalan. Air terjun ini terletak di Singgalang, Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. 


Air terjun setinggi 35 meter ini berada di tepi Jalan Raya Padang-Bukittinggi di kaki Gunung Singgalang. Air Terjun Lembah Anai dari aliran Sungai Batang Lurah, anak Sungai Batang Anai yang berhulu di Gunung Singgalang.

Masa kami sampai, ada 2-3 orang sahaja pengunjung yang berada di bahagian bawah, jadi puaslah kami bergambar dahulu. 
Jimi lah yang mempotretkan gambar-gambar kami.

Cantik gambar-gambar yang diambil.
Budak-budak muda kan... banyaklah aksinya.



Tolong settingkan 0.5 katanya.
Dah macam nak menari tango pulakπŸ˜€

Bergambar sahaja di atas sebab nak turun tu tangga batuannya agak curam pula.
Kalau tak... dapatlah basuh muka untuk jadi lebih muda 😁
Kalau terjun mandi dalam tu jadi kanak-kanak pula.
Aihhh... macam-macam lah mitosnya.
Kalau mandi dalam tu boleh muda, pasti tiada orang tua di kawasan air terjun tu πŸ˜‚

Kami tinggalkan Air Terjun Lembah Anai dengan seribu kenangan.

Tepi-tepi parking tu banyak gerai-gerai jual makanan dan minuman.

Sempatlah ibu beli kacang goreng tempatan untuk dikudap-kudap dalam van.

Beginilah laluannya dari Padang ke Bukittinggi.
2 lane sahaja tetapi kenderaan yang dipandu oleh orang di sana tak laju pun sebab jalan sempit dan berliku.

Sepanjang jalan menikmati keindahan panorama di kiri dan kanan.
Sebelah kanan jalan sungai yang sangat bersih cantik dan ada yang deras airnya.
Sebelah kiri jalan pula ada sawah padi yang bertingkat-tingkat. Asyik menikmati pemandangan di situ lupa pula untuk mengambil gambar.

Namun disebalik kecantikan sungai, ada cerita yang menyedihkan.
Diberitahu bulan May 2024 Gunung Marapi telah meletuskan lava sejuk. Hujan lebat berterusan selama beberapa jam telah mengakibatkan banjir kilat.
Nampak ditepi-tepi jalan rumah, masjid dan kawasan penjaja telah rosak akibat banjir kuat.
Ramai yang kehilangan nyawa dan rumah.
Kerja-kerja baik pulih jalan pula sedang dilakukan di beberapa tempat.
 

5 comments:

  1. Bersihnya keadaan persekiaran air terjun lembah anai tu.. cantik sgt2.. nampak masing2 pun gembira jappy jer.. suasana pun mcm tak ramai org..

    ReplyDelete
  2. Lawanya air terjun tu...
    Baru je kejadian lava sejuk meletus tu... Kalau lava sejuk (tetap panas kan)??

    ReplyDelete
  3. Air Terjun ni saya lalu ajer tapi nampak ada orang berhenti di bahu jalan.

    ReplyDelete
  4. Cantik sekali pemandangan di Air Terjun Lembah Anai.
    Kalau basuh muka disana, bisa kembali muda ya Mbak? Ada-ada saja yang namanya mitos ya.

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan kak...dapat supir sekali pakej boleh jadi OP memang satu bonus..kawan SA pi Bali pun dapat supir yang pandai amik gambar guna phone..cantik2 video dia..

    ReplyDelete