Pages

Wednesday, October 2, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 1 - Hotel Mersi, Bukittinggi

Selepas makan bakso tu, Jimi bawa kami ke sebuah lagi kedai pakaian sulaman. Di situ kalau beli kain pasang, boleh ditempah terus dan esok malam boleh siap. Fikir punya fikir, beli je lah tanpa menempah sebab takut tak kena dengan selera. Ye lah.. kan dah biasa dengan tailor sendiri. Ibu ingat nak beli baju batik ayah berlengan panjang tapi tak ada saiz lah pulak.

Last membeli hari ni, mata pun dah tak larat, kami minta Jimi bawa sahaja ke hotel. Masa tu pun dah jam 8.30 malam waktu tempatan. Sampai di hotel, sudah didaftarkan kerana agent Gerbang Travel & Tours telah awal-awal meminta detail nama dan passport. Jadi kami hanya mengambil kunci bilik. Beg pun porter hotel yang hantarkan ke bilik.

Kami menginap di Hotel Mersi beralamat di Jl. Tuanku Nan Renceh No.30, Kayu Kubu, Kec. Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26111, Indonesia

Hotel katil queen untuk 2 orang.

Bantal tipis je, tak puas. Kalau ada 2 baru ngam.
Terpaksalah lipat.. tapi bila lipat tebal lah pula.
Ahhh.. tidur je lah.

Pancuran kuat tapi sekejap panas sekejap sejuk.
Terkujat sket bila keluar air sejuk 😁

Disediakan sabun, syampu dan berus gigi + ubat gigi.
Tapi seperti biasa kalau travel ibu akan bawa syampu dan berus/ubat gigi sendiri.

Sejadah dan Al-Quran disediakan.

Hanger yang gitu je.

Walau disediakan set minumna, tak sempat pun nak buat.

Fasilities semua mencukupi. 
Ehh.. iron kalau nak guna kena minta rasanya tapi macam biasa Nenekna kan bawak beg Doraemon, jadi adalah iron dari Malaysia.

Paling best apa tau... wifi laju.
Bolehlah upload dan download gambar dan layan medsos sekejap sebelum tidur.

Ibu dok bayangkan Bukittinggi ni kawasan sejuk macam Cameron Highland. Siap bawa baju panas lagi.

Owhh.. tidak... belum sampai tahap tak perlukan aircond atau kipas.

Tapi di sini tak panas sangat pun.... kiranya NYAMAN gitu.

Bila tidur di tempat lain, ibu akan cepat terjaga. Rasanya tidur jam 10 malam, jam 1 pagi dah terjaga. Kunun-kununlah tidur lagi sampai jam 4 lebih bila masuk waktu subuh. 

Ibu rasa cukup dululah catatan hari pertama.
Hari-hari seterusnya ibu akan cuba tulis secepat mungkin. Minggu ni dah mula busy closing, jadi malam tak tau sempat ke tidak jenguk blog. Kot balik rumah terus pengsan 😅


 

2 comments:

  1. Cantik keadaan bilik hotel.. bersih.. ada sejadah dan quran.. ruang luas.. wifi laju.. Bukit Tinggi ada ada masa mmg sejuk huhu..

    ReplyDelete
  2. Eh, Sy terlepas flight la ni, know² Akk dah sampai Bukit Tinggi hikhik...
    Laju ye diorg jahit, sehari semalam dah boleh siap bajunya...
    Sy pun tak suka bantal nipis, pening kalau kepala tenggelam 😅

    ReplyDelete