Pages

Friday, October 4, 2024

Padang/Bukittinggi, Indonesia 2024 : Day 2 - Menikmati Teh Daun Kopi Di Kiniko Coffee

Destinasi seterusnya ada lah ke kilang pembuatan kopi iaitu Kiniko Coffee yang terletak di Jl. Raya Batusangkar, Tabek Patah, Kec. Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat 27262, Indonesia

Seperti biasalah, ambil gambar dulu sebagai kenangan sebelum ramai pengunjung yang lain sampai.

Kasi chance lah banner GTT di sini.

Yang kami perasan, pengunjung yang kami jumpa adalah dari flight yang sama bila kami sempat berbual dengan mereka.
Jadinya, di beberapa spot akan berjumpalah mereka semula.

Jimi menunjukkan cara-cara teh daun kopi dibuat. Teh daun kopi dipanggil juga sebagai Teh Daun Kawa.
Daun kopi yang disangai kering akan dimasukkan dalam belanga dan ditambah air kemudian dimasak sehingga mendidih.

Ada penapis disediakan.

Buluh dan tempurung yang dijadikan pelapik dan cawan.

Ada juga pilihan kopi untuk dinikmati.
Sudah tersedia gula di situ.

Kami semua memilih untuk merasa Teh Daun Kawa sahaja tanpa gula.

Bila tengok gambar ni baru perasan ada pisang salai, tak makan pula.

Sebabnya ibu order pisang goreng manis ni.. sedapnya.. makan panas-panas bersama teh kosong.


View yang ohsem di belakang sana!

Dah minum-minum tu kami ke sebelah kedai iaitu kilang pembuatan kopi.
Disebabkan bahagian production tu tertutup jadi kami hanya ambil gambar di bahagian pembungkusan.

Kopi yang sudah siap dibungkus.

Nenek tu dok belek-belek apa 😅

Aihh.. malu-malu pula adik ni bila kita tanya-tanya.

Serbuk kopi yang sedia untuk dibungkus.
Sedapnya masuk bahagian kilang ni.
Wangi betul dengan bau kopi.

Ingatkan boleh beli kopi di sini, rupanya kena pergi ke bahagian jualan di sebelah.
Sama tempat kami minum teh daun kawa tadi.

Kami beli serbuk kopi dalam bungkusan kecil jadi bolehlah share dengan adik beradik yang lain. Kalau beli pack besar takut keras je kopi tu nanti.
Tapi tak adalah beli Teh Daun Kawa pula.

Beli juga kulit kayu manis. Baunya agak kuat.
Katanya inilah kulit kayu manis yang original.
Biasalah.. sorang beli.. yang lain pun tergoda.

Kat kedai ni kami try bayar menggunakan Touch & Go e-wallet.
Bagus gak sebab dah nampak conversion dari Rp ke Myr.

























 

1 comment:

  1. gambar bawah sekali tu terlupa nak cerita ke mcm mana??kikiki

    ReplyDelete