Pages

Sunday, October 31, 2021

Pagi Ahad semua relax.. lepas subuh naik atas katil lagi. kat luar sejuk sebab hujan di pagi hari. Takde plan apa pun sebab nak jogging, Abang Imi bawa kereta. Nak jog kat sekitar rumah malas lah sangat. Jam 8 pagi baru turun katil ke dapur. Kemas-kemas rumah. Iron uniform ofis. susun semula baju-baju kat lipatan yang tunggang langgang. Nak buat Marie Kondo lagi, belum ada mood.

Jam 11 am dah siap masak untuk brunch.
Talapia goreng, udang goreng, sambal belacan Siam, cili/bawang kicap dan sup sayur.
Ibu sengaja tak buat sarapan sebab masing-masing bangun lewat. Boleh lunch terus.
11.30 camtu dah boleh makan sama-sama.

Lepastu dah tak tau nak buat apa lagi.
Unifi plak problem.. wifi tak boleh connect.
Tunggulah ayah balik, buat report.

Sampai pening kepala bangun tidur.
Wafi pulak buat revision untuk final exam SRA.
 
Petang ajak Kawi keluarkan peluh.
Tak larat duduk rumah je.
Wafi duduk dengan abang.

On the way balik dari jog tu, ibu minta Kawi order sahaja food delivery.
Lauk siang ada lagi.. tapi nak makan benda lain.

Set kambing, ayam, nasi goreng, spagheti olio aglio, fries RM69 dari Jadoos.
4 orang makan. 
Alhamdulillah... cerita di hari Ahad.
 

Saturday, October 30, 2021

Girls Day Out

Balik dari makan dengan officemate tu, ibu rehat-rehat dulu sementara tunggu hujan berhenti. Sejuk-sejuk pun terlena lah juga dekat sejam macam tu. Hampir jam 6 pm baru lah keluar dengan Kakak Widad dan Wafi. Abang Imi tak join sebab nak main futsal dengan kawan-kawan.

Ayah pula pergi outing bersama kawan-kawan SAS. Stay di boathouse di Tasik Banding. Jumaat pagi semalam sudah bertolak.

Dalam perjalanan tanpa arah baru dapat idea nak ke i-City Central. Itu pun Kawi suggest nak pergi Shah Alam tapi sebab baru lepas hujan lebat takut ada tempat yang banjir pulak. Ye la... baru lalu kawasan air naik kat Meru, takut berlaku juga di Shah Alam. Ibu dah lah tak familiar jalan-jalan kat sana. Tambahan lagi ibu tak pasti berapa ada baki dalam Touch n Go. Singgah petrol pump, offline pula nak topup. Mujur lepas kat tol Shapadu. Ada  baki RM4.80. Cukuplah untuk balik nanti kalau nak ikut highway Setia Alam.

Wafi dah pesan sampai i-City Central tu nak makan dulu sebab dah lapar. Pilihan Wafi semestinya The Chicken Rice Shop (TCRS) sebab nak makan nasi. Pusing ground floor juga tapi tak jumpa. Wafi dah muncung. Cari Information Center tak jumpa pulak. Mujur nampak Pak Guard kat situ untuk tanya kedudukan restoran sebab dah google ada TCRS kat situ. Rupanya di aras 3. Naik je eskalator beberapa tingkat. Mula-mula cakap kat Wafi kalau tak jumpa restoren tu kita makan je lah kat mana-mana restoren atau foodcourt. Wafi kata boleh je tapi dari pandangan mata masih tak puas hati. Bila nampak restoren tu baru lah Wafi senyum. I can see your smiley eyes, dear!


Posing dulu. Sekarang ni bolehlah ambil gambar macam ni.. nanti dah besar macam Kawi susah betul nak bergambar.

Sementara tunggu pesanan siap, kita bergambar dulu kat luar. Kawi je duduk dalam diam-diam.

Pilihan Wafi semestinya Honey Roasted chicken.

Kandid gambar kakak... selalu sorokkan muka.

Lepas makan solat Maghrib dulu.. Ada masa tunggu untuk Isyak terus. Kemudian beli telekung di butik Siti Khadijah untuk diberikan sebagai cenderahati kepada rakan ibu. Butik betul-betul sebelah pintu masuk ke surau.

Kakak kata nak beli baju. Masuklah beberapa butik pakaian tapi tak berkenan lah pula dengan design. Cari pula di Sogo. Kakak nampak suka. Sementara tunggu kakak, Wafi duduk di kerusi yang disediakan. Ibu pulak tengok-tengok kot ada yang berkenan. Nampak baju-baju untuk Wafi je lah. Ibu belum ada mood nak beli baju. Bila Wafi dah try satu.. ehh.. berkenan pulak dia.. terus kata nak cari sendiri.

Bukan main lagi pilih.
Main ambik je!
Macamlah ayah CEO Megah Holdings hahahahah

Seronok ibu bila Wafi jumpa baju yang berkenan.
Katanya baju ni nak pakai masa hantar kakak minggu depan. 
Baju ni nak pakai masa balik. Cepat betul dia plan.
Kemahennn lagi!

Lagi beberapa minit nak jam 10 pm. Masih nak cari-cari lagi.
Karang kaunter tutup hahhh.. putih mata korang.
Dah cepat!

Masa nak turun tu kebanyakan stall makanan dah tutup. Tinggal stall aiskrim ni yang masih ada beberapa pelanggan lagi. Rezeki Wafi nak makan aiskrim sebab masa sampai tadi dah pesan nak aiskrim Ilaollao ni. (entah macamana nak sebut pun ibu tak tau!)

Fuhhh... 10.30 pm baru keluar i-City Central.
Malam memang ibu slow lah sikit drive.
Ishh.. lemah betul kena drive malam-malam.
Alhamdulillah selamat sampai dalam jam 11 pm.
Letih.. ngantuk..
Lepas bersihkan diri, masing-masing naik atas katil.
Bami pulak nak gerak ke Semenyih sebab awal pagi nak naik Bukit Broga.
errrrr... ok lah tu. 
Pelan-pelan
 

Lunch di Andra Cafe

Minggu lepas salah seorang rakan sekerja suggest lunch sama-sama di Andra Cafe. Jadi Sabtu sahaja lah sempat makan bersama.

Ada kejadian pulak.. nak nangis ke nak marah.

Ibu cakap kat member minta diorang gerak dulu since ada report yang kena submit. Jadi ibu drive lah seorang. Bila sampai cafe, call member tak sampai lagi ke. Sekali member cakap ada ni kat luar tunggu meja kosong. Ibu pun macam pelik apesal tak nampak mereka.
Sekali.. ting!!! Korang berada di tempat yang sama kah?

Kak Faiz kat mana?
Cafe lah, Eco Grandeur.

Laaa.. kami kat Eco Ardence.

Ehhh... Eco Ardence ada Andra Cafe ke hahahhaha...

Tanya kat adik yang jaga kaunter.. dia kata ramai yang keliru kak.. sebab Andra Cafe memang ada kat Eco Grandeur dan Eco Ardence.

Oooo.. ok..ok

Check waze... 29 minit boleh sampai.
Ingat nak balik rumah je tapi sebab bukan selalu dapat gather-gather.

Masa ibu sampai tu, mereka baru dapat meja dan buat pesanan dan ibu dah siap-siap pesan pada mereka untuk orderkan sekali jadi nanti takde lah tunggu lama.

Antara menu yang mereka makan.
Spagheti, kek, chicken chop dan lain-lain.
Ibu ambil beef lasagna. Portion besar. Kenyang.

Antara officemate yang dapat join.
Habib, As, Sal, Zetty, Assila, ibu dan Rahmat.

Total damage untuk 7 orang makan about RM300

Lepas makan, masing-masing terus balik. Ibu hantar As dan Zetty ke rumah sebab jalan yang sama. Nak kena bawa gegirl keluar pulak.


 

Wednesday, October 27, 2021

Pekhidmatan Van Cik Ayu Berhenti Operasi

 Assalamualaikum

Dukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan van sekolah CAHAYA ANAKKU ENTERPRISE(CIK AYU) tidak dapat lagi beroperasi disebabkan driver tiba2 berhenti Dan tidak dpt lagi menanggung kos penyelengaraan.Pihak kami memohon maaf pada ibubapa yg selama ini memberi komitment semasa PKP. Segala kesulitan adalah diluar jangkaan.😭

Selepas solat Maghrib tadi terima mesej dari Cik Ayu, pemilik van yang Wafi naiki ke sekolah dari Tahun 1 sehingga sebelum PKP tahun ini. Cerita Wafi di hari pertama Tahun 1 2017 menaiki van sekolah di SINI. Ibu minta Cik Ayu carikan van untuk Wafi dan beliau sudah maklumkan di dalam grup whatsapp van. Mereka ada grup sendiri untuk pembahagian pelajar mengikut kawasan tempat tinggal. 

Pada masa yang sama ibu pun cari juga pengusaha van sekolah yang berdekatan. Alhamdulillah melalui Ain, ibu dapat nombor Paklong. Isteri beliau yang dikenali sebagai Maklong @ Kak Nok adalah dua pupu ibu dan rumah mak kami bersebelahan. Paklong bersetuju untuk mengambil dan menghantar Wafi ke SK dan SRA. Walaupun buat masa ini ayah ada di rumah sebab masih mengajar online, ibu perlukan back-up juga. Mana tau ayah perlu ke ofis jika diperlukan dan mungkin tahun depan perlu mengajar di kolej. 

Paklong ada memberitahu ada beberapa pengusaha van sekolah yang terpaksa menghentikan operasi disebabkan terpaksa menanggung kos penyelangaraan semasa PKP dan seawal pendamik pada tahun 2020. Ibu pun maklum dengan perkara tersebut. Walaupun tahun lepas dan tahun ini hanya beberapa bulan sahaja Wafi ke sekolah tapi ibu ok sahaja untuk membayar separuh dari yuran van setiap bulan seperti yang dikehendaki oleh Cik Ayu. Ibu percaya dalam rezeki ibu ayah ada rezeki orang lain juga.

Esok ibu atau ayah akan ke rumah Paklong untuk memperkenalkan Wafi dan mengisi borang yang diperlukan. Walaupun Paklong menyarankan untuk berjumpa pada hari Ahad tapi ibu minta jumpa awal sedikit untuk menyelesaikan urusan. Kena grab cepat sekarang ni kerana pasti ramai ibu bapa yang sedang mencari van alternatif untuk sekolah yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Ibu beritahu Wafi yang esok akan ke rumah Paklong.

Wafi : Kenapa nak jumpa kita?

Ibu : Paklong nak kenal muka Wafi lepastu nak kena isi borang semua.

Wafi : ooooo... ingat nak kena ukur kita, nak kena timbang.

Ibu : hahahahhahahahha.. lawaklah Wafi. ooo awak ingat nanti takut van tak muat, berat bila bawak awak!

Ibu pun dah plan jika tahun depan ayah dah masuk ofis dan kakak atau abang masuk poli/U, Wafi akan transit di rumah Wak Man. Buat masa ini itu lah perancangannya. 

Plan yang terbaik adalah ibu berhenti kerja 😁😁😁


Sunday, October 24, 2021

2D 1N - Homestay Bandar Tasik Puteri Part 2

Sabtu pagi Cik Baya share picture the kids awal-awal pagi dah mandi kat pool. Korang ni tak rasa sejuk ke. Celik mata je terjun. Bekfes pun belum lagi tu. Sementara Cik Baya n Cik Man beli sarapan, Kawi monitor the cousins.

Ibu keluar ofis 12.30 pm, balik rumah dulu ambil beg yang sudah siap pack malam sebelumnya. Packkan baju Kawi dan Wafi yang datang sehelai sepinggang.

Masa ibu sampai Cik Baya baru siap masak, sardin dan telur dadar. since mereka late breakfast, ibu dan ayah je lah makan dulu. Kids masih ada di pool. Sebelum tu mereka dah break sekejap untuk makan dan solat. Lepastu masuk kolam lagi. Mujur kolam berbumbung kalau tak mesti rentung semuanya.. nampak mata dan gigi sahaja.

Jam 2 lebih Cik Wada sampai.

Bawa KFC.
Makan bawah pokok mangga.
Syiokk.. berangin.

Gambar-gambar gelagat the kids.





Aikk.. solo ke Dina.

Jam 5 camtu Cik Elis pulak sampai... lepas solat Asar Firas, arissa dan Alma pula join masuk pool.



Sakan betul mereka... hampir jam 7 baru naik untuk mandi dan solat Maghrib.

Dah siap solat tu rehat-rehat dulu sementara tunggu BBQ siap. Tak sempat siap, mereka dah terjun kolam. Korang tak lapar ke.. adehhh..

Longan, appertizer.
Beli di Segi Fresh pekan BTP.

Sementara tunggu geng bakar buat BBQ, makan longan dulu.

Cik Awie dah setup kan arang tu semua, jadi cepatlah sikit masak.
Ada ayam, kambing dan sosej.
Ada juga coleslow dan whipped potato.

Sambil bakar, sambil karaoke.

Indah Chempaka yang moody.

Garlic bread by Chef Biela.

Kambing bakar.

The kids naik darat hampir jam 10 pm.
Lepastu sambung pulak karaoke dalam rumah. Mujur guna microphone je bukan set karaoke. Takut jiran komplen plak.

Ahad pagi, Cik Elis buat jompot bawang boh sosej. Cik Baya goreng nugget dan stim sosej yang dipanggang malam tadi. Dah petang habis juga makanan tu semua. Lepas breakfast anak-anak masuk pool lagi. Dekat jam 12 tengahari naik rehat untuk makan dan solat.

Tengahari Kawi masak siakap 3 rasa, sup sayur dan telur dadar. Ibu buatkan sambal belacan dan ulam timun. Ada sambal sardin dan nasi Cik Elis bawa semalam.

Lepas makan Wafi dah tertidur penat. Jam 2.30 terjaga, nak mandi juga sebab the cousins dah ada dalam pool.

Mak ayah semua rehat-rehat je dalam rumah. Anak-anak mandi sendiri. Anak yang besar monitor yang kecil. semua guna pelampung.

Tak penat ke korang ni. Pukul 4 semua naik sebab nak ready untuk balik.
Lepas solat Asar siap-siap untuk balik. 

Tuan homestay bagi late check out, malah minta kami stay lagi tanpa bayaran.. takmotakmo.. ni pun sepatutnya 2D 1N dan jadi 2D 2N. Esok nak kerja. Check in dan check out time ikut suka. Susah nak dapat host macam ni hahah

Kemaskan homestay dan peralatan macamana masa masuk. 
Since kawan ayah pun balik Terengganu dan tak balik esoknya untuk bersihkan homestay, maka sampah-sampah letak di kabinet sampah yang berselak untuk memastikan tidak dipunggah oleh anjing liar dan lori sampah boleh angkut pada hari yang ditetapkan.

Oh ya... rate semalaman RM400 tapi ayah dapatlah harga kawan baik.

Terima kasih semua kerana melayan permintaan Inche jalan Rebung buat short getaway.
Sengaja bagi anak-anak buah seronok.

Kami gerak last, dekat jam 6 pm macamtu. Balik rumah masuk kain dalam mesin basuh dan Kawi tolong gosokkan semua uniform ofis ibu. Lepas Maghrib, terus ke Klang untuk ambil cermin mata ayah dan Kawi. Lepastu tunggu dinner sementara tunggu bas Bami sampai dari Kuantan.

Hampir jam 10 pm baru sampai rumah.
Pengsan.

Alhamdulillah, percutian pendek yang mengeratkan silaturrahim.
Kali ni Cik Ujang tak join sebab balik Johor. Cik Nora baru habis operation BTL. Cik Ami dalam pantang. Cik Cha sibuk bekerja dan Ummi jauh nun di Tapah.

Lagi 2 minggu rentas daerah ke Sabak Bernam untuk hantar kawi pula.

Friday, October 22, 2021

2D 1N - Homestay Bandar Tasik Puteri Part 1

 Ayah dah booking homestay kawan ayah, Waksir. Kawan since Sekolah Alam Shah dulu. Petang tadi dah ambil kunci untuk check in esok tetapi kawan ayah kata masuk je lah hari ini.

Hari ni ibu keluar office on time 4.30 pm

 Jadi ayah ingat nak bawa anak-anak mandi pool je lepastu Kawi suggest nak tidur situ. Tidur bertiga dengan Wafi dan Angah memang ibu tak benarkan. Ibu call Cik Baya untuk datang malam ni juga since Angah dah tidur. Panggil lagi sapa-sapa yang free datang. Homestay pun dekat je dengan rumah dalam 15 minit camtu.

Homestay 4 bilik dan 4 bilik air.
Corner lot.

Kolam mandi tarikan anak-anak.


Bilik tidur di tingkat atas.

Satu bilik extended di bawah. Ibu lepak situ je... malas nak angkut beg naik atas 

Petang tadi Wafi dan Angah mandi berdua.. ibu mandi sekejap je... sejuk.

Hampir 8.40 pm camtu Cik Baya sampai.. the cousin mandi pulak.. Wafi masuk balik dalam pool. Ada tragedi berlaku.. Iman masuk kat kolam dewasa. Sebelahnya Wafi. Cepat-cepat Wafi angkat Iman. Haishh lah Iman. Berani sangat. Habis Iman kena marah dengan ayah dia. Lepastu tak mau mandi lagi

Masa Cik Baya sampai ibu dan ayah masih kat luar cari barang dapur dan makanan untuk dinner. Pusat perniagaan BTP dalam 5 minit drive je dari homestay. Ada Segi Fresh, 7E, 99 Speedmart, kedai-kedai runcit, klinik, farmasi, restoren dan pelbagai lagi.

Jam 10.45 pm tadi ibu dan ayah gerak balik. Esok ibu kerja. Lepas tu bolehlah join semula.


Thursday, October 21, 2021

Nasi Goreng Untuk Wafi

 Ibu baru je nak lelapkan mata bila Wafi tanya ada makanan apa-apa tak? Kita lapar. Adehhh... petang tadi taknak makan nasi cuma makan ayam goreng je. Mujur nasi banyak lagi.. lauk je takde. 

Nak nasi putih dengan telur ke nasi goreng?

Nasi goreng.

Ok.. fine.

Ibu gorengkan dulu telur mata 

Kemudian panaskan butter dan masukkan sambal ayam penyet. Haritu kan buat banyak... boleh diolah untuk masakan lain. Masukkan nasi, garam dan secukup rasa. Ibu minta Wafi kacau2 atas kuali.

Siap.

Dah siap baru perasan tak masukkan sayur.
Masa ibu buat entry ni dengar bunyi sudu berlaga2.. Wafi sedang menikmati hidangan tengah malam depan TV. Takdenya Wafi nak makan sorang-sorang kat dapur.

Ibu malas nak tunggu.. nak baring je.

Semalam Wafi dah testing baju sekolah..ibu yang risau tak muat. Baju ok tapi kain tu nampak ketat je padahal baru beli sebelum buka sekolah bulan Mac haritu.

Bila testing siap dengan beg dan mask.
Layankan je lah Wafi ni. Ibu cakap kalau tak muat pakai je baju sukan. Kan Menteri Pendidikan dah siap pesan kalau baju tak muat pakai sahaja baju biasa asalkan anak-anak nak pergi ke sekolah.

But being a kid,  mesti rasa segan bila kawan lain pakai baju sekolah tapi kita pakai baju biasa.

Kids will be kids lah!!

Anak ibu je rasanya.. anak orang lain mungkin tidak😁😁

Start 27.10.21 to 2.11.21 Wafi akan menduduki peperiksaan akhir tahun SRA. Ibu baru tau bila ustazah share di grup. Kertas jawapan perlu dihantar semasa mula kelas bersemuka pada 8.11.21

Ehh... rasanya baru je exam hari tu.. kena exam lagi. Cepat betul dah akhir tahun ya.

Kalau tak silap tahun ni baru je 2 bulan kelas bersemuka.. yang lain kan PDPR.