Sepatutnya hari ni Sabtu yang bekerja tetapi pihak pengurusan syarikat menjadualkan semula ke satu tarikh Sabtu yang akan datang. Ini kerana kilang customer masih belum fully operated. Ada yay ad nay lah di situ. Yay sebab cutikan sapa yang tak suka.. nay nya pula sebab kami masih perlu buat monthly closing pada tarikh yang ditetapkan.
Lewat baru dapat info di Telegram syarikat.
Jadi seperti biasa ada chance untuk berjogging di sebelah pagi.
Ibu, ayah dan Kawi je pergi. Wafi awal-awaal cakap tak nak join. Abang Imi? Hurmm.. takyah tanya dah tau jawapan😉
Ada beberapa orang je di trek jogging.
Dapat 7.45km sahaja sebab hujan mula turun kalau tak kami nak masuk ke jungle trail.
Tak apalah, mungkin lain kali. Kawi sempat buat 10km.
Lapar sangat.
Hari ni tak ambil makanan berat sangat.. ibu cukuplah sekadar 2 keping vadai dan teh tarik kurang manis.
Kawi makan ayam goreng dan 2 biji telur setengah masak.
Tapaukan Wafi dan Bami roti bom dan untuk nenek nasi Beriani Ayam dan kari kambing.
Sebelum balik singgah Econsave kunun nak cari kacang tanah mentah... tapi tau je lah ibu ni.... kalau masuk pasaraya mana boleh beli satu barang je... hampir penuh lah troli.
Suka benar lah biskut baby tu.
Masa ni nenek nak "neneks day out". Ada nenek, nenek Yatie, nenek Imah dan Wak Mona.
Mereka nak ke nursery cari bunga.
Hurmm.... dah umur-umur begitu cari sesuatu yang menenangkan.
Anak-anak support je.
No comments:
Post a Comment