Assalamualaikum
Dukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan van sekolah CAHAYA ANAKKU ENTERPRISE(CIK AYU) tidak dapat lagi beroperasi disebabkan driver tiba2 berhenti Dan tidak dpt lagi menanggung kos penyelengaraan.Pihak kami memohon maaf pada ibubapa yg selama ini memberi komitment semasa PKP. Segala kesulitan adalah diluar jangkaan.😭
Selepas solat Maghrib tadi terima mesej dari Cik Ayu, pemilik van yang Wafi naiki ke sekolah dari Tahun 1 sehingga sebelum PKP tahun ini. Cerita Wafi di hari pertama Tahun 1 2017 menaiki van sekolah di SINI. Ibu minta Cik Ayu carikan van untuk Wafi dan beliau sudah maklumkan di dalam grup whatsapp van. Mereka ada grup sendiri untuk pembahagian pelajar mengikut kawasan tempat tinggal.
Pada masa yang sama ibu pun cari juga pengusaha van sekolah yang berdekatan. Alhamdulillah melalui Ain, ibu dapat nombor Paklong. Isteri beliau yang dikenali sebagai Maklong @ Kak Nok adalah dua pupu ibu dan rumah mak kami bersebelahan. Paklong bersetuju untuk mengambil dan menghantar Wafi ke SK dan SRA. Walaupun buat masa ini ayah ada di rumah sebab masih mengajar online, ibu perlukan back-up juga. Mana tau ayah perlu ke ofis jika diperlukan dan mungkin tahun depan perlu mengajar di kolej.
Paklong ada memberitahu ada beberapa pengusaha van sekolah yang terpaksa menghentikan operasi disebabkan terpaksa menanggung kos penyelangaraan semasa PKP dan seawal pendamik pada tahun 2020. Ibu pun maklum dengan perkara tersebut. Walaupun tahun lepas dan tahun ini hanya beberapa bulan sahaja Wafi ke sekolah tapi ibu ok sahaja untuk membayar separuh dari yuran van setiap bulan seperti yang dikehendaki oleh Cik Ayu. Ibu percaya dalam rezeki ibu ayah ada rezeki orang lain juga.
Esok ibu atau ayah akan ke rumah Paklong untuk memperkenalkan Wafi dan mengisi borang yang diperlukan. Walaupun Paklong menyarankan untuk berjumpa pada hari Ahad tapi ibu minta jumpa awal sedikit untuk menyelesaikan urusan. Kena grab cepat sekarang ni kerana pasti ramai ibu bapa yang sedang mencari van alternatif untuk sekolah yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Ibu beritahu Wafi yang esok akan ke rumah Paklong.
Wafi : Kenapa nak jumpa kita?
Ibu : Paklong nak kenal muka Wafi lepastu nak kena isi borang semua.
Wafi : ooooo... ingat nak kena ukur kita, nak kena timbang.
Ibu : hahahahhahahahha.. lawaklah Wafi. ooo awak ingat nanti takut van tak muat, berat bila bawak awak!
Ibu pun dah plan jika tahun depan ayah dah masuk ofis dan kakak atau abang masuk poli/U, Wafi akan transit di rumah Wak Man. Buat masa ini itu lah perancangannya.
Plan yang terbaik adalah ibu berhenti kerja 😁😁😁
No comments:
Post a Comment