Hari ini sepatutnya cuti umum tapi pihak syarikat umumkan cuti ini dibawa ke satu tarikh selepas Oktober 2021. Ini bagi membolehkan syarikat menjalankan proses pengeluaran untuk memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.
Business semakin growth dan syarikat komited untuk meningkatkan pengeluaran. Boleh cover jualan di masa PKP tempohari.
Ibu jarang pakai warna hijau plain. Suka kaler ni.
Sup sayur dan ayam ungkep. Sedapnya ayam ungkep ni... dah lama tak masak. Weekend ni bolehlah buat.
Tadi selepas maghrib ibu tertidur... bangun perut terasa lapar. Padahal balik kerja tadi dah makan nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api dan sayur kacang panjang tumis. Kakak masak.Wafi pun kata lapar lah.. dia taknak makan nasi lagi.
Ibu pun gorenglah jemput-jemput kentang dan bawang. Kali ni ibu guna resepi dari FB MAHN isteri Mr Cleaner. Ibu olah sikit dengan apa yang ada di dapur.
Tepung, bawang besar dan kentang hiris, garam dan air ais. Campurkan adunan dan jadikan adunan cair. Kemudian sendukkan dalam minyak dan goreng leper.
Rangup dan lembut jemput-jemput ni.
Salam maulidur rasul
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul juga wak.
Delete