Kakak Widad cakap dia perlukan cermin mata baru sebab yang lama dah kurang power... aikkkk... rasanya tahun lepas baru je buat sebelum Mei bila Kawi masuk poli. Kenalah buat juga kan kalau tak macamana nak masuk kelas.
Aishh... tak sempat ibu rasmi dah kena kebas.
Selesa sangat kain ni.
Masa kami sampai pelanggan masih ramai tapi terkawal. Tak sampai 5 minit dah boleh masuk.
Selepas check mata, power mata kiri dan kanan naik ke 200. Silau dua-dua belah sama seperti sebelum ini 100. Kakak ambil pakej viral RM50 ni sahaja. Cermin pun yang biasa.
Ayah juga buat cermin mata baharu. Power masih maintain.
Selesai urusan, kami plan untuk ke Tanjung Harapan, Port Klang.
Dapatlah tengok sunset sekejap.
Lepastu jalan ke restoren Muara Ikan Bakar.. peluhlah ketiak berjalan sebab dah dapat parking, takut tak ada parking.
Sekali.....
Restoren tutup.
Nangis.
Sedapkan hati dapatlah Wafi bakar lemak.
View suasana pelabuhan ni boleh dilihat dekat jika duduk di restoran Muara Ikan Bakar.
Tapi sayang....
Sebab dah sampai ke Port Klang, kena cari lah juga restoren makanan laut.
Paling dekat Restoren Port Village.
Sementara tunggu hidangan sampai, kami bergilir dengan ayah untuk bersolat di surau yang disediakan oleh restoren ini.
Ini yang kami order :-
Siakap sweet and sour RM61
Kangkung belacan RM15
Sotong goreng tepung RM35
Air kelapa beserta air kosong dan teh o ice RM11
Total 4 orang makan RM138.00
Kakak dan Wafi enjoy sangat makan ikan dan sotong tu.
Seronok ibu tengok korang berdua makan sampai meratah-ratah ikan dan sotong. Kalau Bami ada mesti lagi best kan.
Jam baru 8.40 pm, jadi ayah bawa jalan-jalan ke D Network, Eko Setia.
Tak lama pun kat sini, dapatlah Wafi main batu seremban kat padang "bare foot" kat belakang tu.
Ada beberapa tesstoren belakang tu dan salah satunya restoren kepunyaan Chef Zubir.
Last picture sebelum kami balik.
Dalam perjalanan balik Kawi kata nak makan aiskrim. Ayah layankan je singgah McD drive through.
Sampai rumah jam 10 pm.
Tak boleh buka mata dah.
No comments:
Post a Comment