Pages

Saturday, October 9, 2021

3D 1N - Hotel Westin, Kuala Lumpur : Part 1

 Alhamdulillah bila kerajaan membenarkan sempadan daerah dibuka, plan ayah untuk bawa family ke Kuala Lumpur dapat diteruskan. Ayah dah book bilik di Westin Hotel pada awal tahun 2021 melalui booking.com tanpa membuat bayaran dahulu. Masa kerajaan buat pengumuman total lockdown pada bulan Mei lalu, ayah ingat tak dapatlah duduk hotel ni disebabkan PKP.

Rezeki kami ada.

Setelah tujuh bulan anak-anak bersabar untuk duduk di rumah disebabkan PKP, maka hari ini buat pertama kali dapat keluar bersama-sama sekeluarga. Kali terakhir short vacay bulan Mac masa sambut hari lahir ayah di Hotel Majestic, KL.

Hotel ni terletak si tengah-tengah KL, berhadapan Pavilion dan disebelahnya adalah Starhill Hotel, Carlton Hotel dan beberapa lagi hotel lain. Depan pintu masuk hotel adalah salah satu pintu masuk Pavilion.

Security kat sini agak ketat ya... boot kereta pun diperiksa.. juga alat pengesan bom dgunakan. Rasanya lah sebab ibu nampak dalam filem-filem omputeh.. yang macam cakera dan dihala ke bawah kereta tu.

Sementara tunggu ayah register.
Dapat masuk awal 15 minit instead of 3 pm.
Ayah book apartment 1 bilik dengan harga RM320, harga asal RM800. Masa booking tu hotel banyak bagi diskaun. Kalau sekarang tak dapat lah harga tu sebab sekarang sektor pelancongan kan baru buka.

Sementara tunggu lift.
Bilik kami 815.

Jom check ruang dalaman apartment di Hotel Westin ni.

Dapur di sebelah kiri, ruang tamu dan balkoni menghadap Pavilion.

Cukup luas dan selesa.

King size bed dan ada TV juga. Yang hujung tu macam balkoni dan meja solek ada di tepi.

Bilik air pun sangat luas. 

Bath tub di sebelah kiri dan shower room di sebelah kanan meja sink.

Bilik ni kecil sikit tapi ada day bed.
Ayah dah chupp nak tidur sini sebab nak movie (sanggup tu bawa laptop) tapi malam Bami pulak tidur sini. 

Channel TV memang semua best tapi tak sempat pun nak layan.

Balkoni.

Luas balkoni ni. Tempat favourite makan sebab boleh layan view kat bawah tu.
View kenderaan yang menghala ke Bukit Bintang.

View dari balkoni.

Sangat puas hati dengan bilik ni.

Sini pun selesa sangat.
Kawi tidur bawah ni je sebab nak sorang-sorang.

Kitchen utencils, cutlery semua ada.
Kami hanya beli barang untuk dimasak sahaja.

Bergambar dulu satu family.

Masa ni semua tak sabar dah... nak makan.

Lapar.

No comments:

Post a Comment