Pages

Sunday, October 10, 2021

2D 1N - Hotel Westin, Kuala Lumpur : Part 4

Sekejap sahaja dah hari Ahad.
Selepas Subuh masing-masing tidur balik. Ibu terjaga dah jam 8 pagi. Aduhh.. tak sedar diri.

Buat simple breakfast.

Tea and scone.
English breakfast je lah hari ni. 
Teringat trip Cameron Highland semata-mata nak makan scone.

Scone ni ibu beli di Lavender malam tadi.

Sementara tunggu Wafi dan ayah mandi, ibu dan Kawi sediakan makanan untuk brunch.


Kacang panjang dan cendawan shitake masak dengan perencah sayur Adabi sahaja.

Ayam goreng instant.

Sardin tumis dengan sambal tumis segera Adabi.
Tak perlu bubuh bahan lain sebab sudah secukup rasa.

Nasi Putih.

Limau mini yang manis.

Kawi letak sini sebab nak ambil gambar katanya. Letak balik atas table top sebab kami nak makan kat sini buat kali terakhir.

Semua berselera walau masak simple macam ni.
Semua bahan kita beli di Mercato.

Jam 12 pm check-out.

Kami singgah di OC, Klang Parade dulu sebab nak carikan sneakers Wafi.

Lepastu singgah Mr DIY sebab Wafi dan Kawi kata ada barang nak beli.
Ibu bagi chance lah masing-masing pilih barang sendiri. Ibu tak larat nak layan sorang-sorang. Ibu duduk kat kerusi luar, nanti dah habis baru ibu datang ke kaunter.

Habis beli barang, Wafi kata macam lapar.. Ok lah jom makan kat foodcourt. Wafi makan nasi goreng Pataya dan Kawi kongsi dengan ibu nasi ayam penyet yang agak mengecewakan.

Sebelum sampai rumah, singgah dulu di gerai goreng pisang. Bami kata nak goreng pisang dan keropok lekor.
Bolehlah makan untuk minum petang.

Alhamdulillah.. sampai rumah jam 4.30 pm

Berakhir sudah percutian pendek kita.

Insyaallah lagi 2 minggu gather-gather dengan the cousins ya.
 

No comments:

Post a Comment