Ayah dah booking homestay kawan ayah, Waksir. Kawan since Sekolah Alam Shah dulu. Petang tadi dah ambil kunci untuk check in esok tetapi kawan ayah kata masuk je lah hari ini.
Hari ni ibu keluar office on time 4.30 pm
Jadi ayah ingat nak bawa anak-anak mandi pool je lepastu Kawi suggest nak tidur situ. Tidur bertiga dengan Wafi dan Angah memang ibu tak benarkan. Ibu call Cik Baya untuk datang malam ni juga since Angah dah tidur. Panggil lagi sapa-sapa yang free datang. Homestay pun dekat je dengan rumah dalam 15 minit camtu.
Homestay 4 bilik dan 4 bilik air.Corner lot.
Bilik tidur di tingkat atas.
Kolam mandi tarikan anak-anak.
Bilik tidur di tingkat atas.
Satu bilik extended di bawah. Ibu lepak situ je... malas nak angkut beg naik atas
Petang tadi Wafi dan Angah mandi berdua.. ibu mandi sekejap je... sejuk.Hampir 8.40 pm camtu Cik Baya sampai.. the cousin mandi pulak.. Wafi masuk balik dalam pool. Ada tragedi berlaku.. Iman masuk kat kolam dewasa. Sebelahnya Wafi. Cepat-cepat Wafi angkat Iman. Haishh lah Iman. Berani sangat. Habis Iman kena marah dengan ayah dia. Lepastu tak mau mandi lagi
Masa Cik Baya sampai ibu dan ayah masih kat luar cari barang dapur dan makanan untuk dinner. Pusat perniagaan BTP dalam 5 minit drive je dari homestay. Ada Segi Fresh, 7E, 99 Speedmart, kedai-kedai runcit, klinik, farmasi, restoren dan pelbagai lagi.
Jam 10.45 pm tadi ibu dan ayah gerak balik. Esok ibu kerja. Lepas tu bolehlah join semula.
Seronok berehat di homestay ada kolam mandi
ReplyDeleteBetul wak... senang budak2 depan mata je
Delete