Pages

Saturday, October 2, 2021

Lunch Ikan Jepun

Masa kat Econsave tadi, ibu sengajalah cari Ikan Jepun yang ibu baca di blog cikgu Amie's Little Kitchen. Ehh.. memang adalah dijual di sini. Ingatkan ikan tu ada di Sabah je. Ibu biasalah.. kalau beli ikan biasanya siakap, kembung, cencaru, pari, senangin, bawal dan beberapa ikan yang biasa ibu makan sedari kecil.

Kali ni teringin lah juga nak try rasa ikan Jepun ni. Jumpa juga ikan susu..lainkali lah boleh cuba.
Inilah rupa ikan Jepun.
Tak sepet pun mata dia.. terbeliak elok je.. mana datangnya nama Jepun pun ibu tak pasti.

Owh.. mahal juga ya harga ikan ni. Sekilo hampir RM27. Ini ibu ambil yang paling kecil lah.

Separuh masak asam pedas. Ada sepotong lagi ada dalam kuali☺☺☺
Terung hijau ni sedaplah.. rangup. Pertama kali makan. haritu jumpa kat pasar malam. Pernah nampak Princess Naznin post di FB makan buat ulam sahaja. Ada lagi 3 biji bolehlah ibu try buat ulam.
Bendi tu pun segar dan rangup walaupun panjang-panjang.

Separuh lagi ibu goreng sahaja.

Sedap.. lembut je ikan ni. Isi dia pun banyak.

Kangkung tumis. Ini pun masak simple je.. cili dan bawang potong sahaja. Malas nak tumbuk-tumbuk sebab sayur pun  tak banyak.

Telur dadar kosong.
Bawang, cili anak-anak tak suka bubuh dalam tu.

Tembikai favourite Wafi.
 

No comments:

Post a Comment