Hari ni cuti sempena Maulidul Rasul tapi ibu kerja ganti cuti raya puasa ritu. Cuti gantian terakhir. Balik kerja singgah rumah ambil ayah dan singgah rumah nenek ambil Bami pulak. Ajak nenek, Aqil dan Amira sekali makan.
Sekarang banyak betullah restoren ayam gepuk.. Pak Gembus, Top Global, Lesung.. dan jumpa satu lagi berdekatan AGK iaitu AG Pak Gendut. Macam² nama diberi.
Abang Aqil, sepupu RAWIWA yang duduk dengan nenek. Temankan nenek. Bantu² nenek gi kedai... buang sampah... kemas² rumah bila cuti sekolah.
Menariknya sekarang ayamnya ada versi crispy jadi ada lah rasa dan isi lebih lembut.
Kadang di sesetengah kedai makan, rasa ayamnya plain sangat. Adakala rasa tawar dan ayam kering.
Harga ala carte RM11.90 manakala set beserta air RM12.90.
Boleh pilih teh-o ais, sirap atau anggur.
Air kosong bayar sekali tapi boleh refill.
Nasi dan sambal sama seperti restoren AG lain, boleh tambah.
Ibu pernah ambil talapia (di tempat lain) tapi dah berbau tu yang dah taknak ambil ikan.
Bila share gambar kat grup family Cik Ami terkejut sebab ada Amira. Cik Ami ingat Amira dalam bilik nenek.
Ingatkan Amira bagitau mamanya tadi masa ibu ajak.. rupanya dia masuk bilik nenek ambil beg je. Lupa nak bagitau mama katanya.
Amira... Amira...
Salam Maulidur Rasul. Selamat menjamu selera.
ReplyDelete