Pages

Friday, September 5, 2025

Makan Malam Ayam Gepuk Kebun

Hari ni cuti sempena Maulidul Rasul tapi ibu kerja ganti cuti raya puasa ritu. Cuti gantian terakhir. Balik kerja singgah rumah ambil ayah dan singgah rumah nenek ambil Bami pulak. Ajak nenek, Aqil dan Amira sekali makan.

Cuaca elok namum ada pelangi pula. Amira yang tunjuk tadi.

Ayah ajak try makan di Ayam Gepuk Kebun di Hillpark.
Sekarang banyak betullah restoren ayam gepuk.. Pak Gembus, Top Global, Lesung.. dan jumpa satu lagi berdekatan AGK iaitu AG Pak Gendut. Macam² nama diberi.

Abang Aqil, sepupu RAWIWA yang duduk dengan nenek. Temankan nenek. Bantu² nenek gi kedai... buang sampah... kemas² rumah bila cuti sekolah.
 
Pesanan kami.
Menariknya sekarang ayamnya ada versi crispy jadi ada lah rasa dan isi lebih lembut.

Kadang di sesetengah kedai makan, rasa ayamnya plain sangat. Adakala rasa tawar dan ayam kering.

Harga ala carte RM11.90 manakala set beserta air RM12.90.

Boleh pilih teh-o ais, sirap atau anggur.
Air kosong bayar sekali tapi boleh refill.

Nasi dan sambal sama seperti  restoren AG lain, boleh tambah.

Tambah cendawan goreng.

Bami ambil Talapia, ikan nya elok nampak fresh.
Ibu pernah ambil talapia (di tempat lain) tapi dah berbau tu yang dah taknak ambil ikan.


Bila share gambar kat grup family Cik Ami terkejut sebab ada Amira. Cik Ami ingat Amira dalam bilik nenek.

Ingatkan Amira bagitau mamanya tadi masa ibu ajak.. rupanya dia masuk bilik nenek ambil beg je. Lupa nak bagitau mama katanya.

Amira... Amira... 

Menariknya kat sini disediakan sup kosong yang sedap. Kat AG lain takde sup.

Nenek ingatkan kangkung tumis rupanya kangkung goreng. Dah tak rasa apa katanya 😅
 

14 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul. Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,murah rezeki bawa semua pergi makan tu..nampak ikan talapia tu fresh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang nak ikut je.. kebetulan adik yang duduk Kajang sampai.. tu yang ajak anaknya.
      Aah... elok ikan talapia kat situ. Isinya pun nampak cerah.

      Delete
  3. Seronoknya makan ramai-ramai....SA x berani dh makan ayam gepuk ke, geprek ke apa...sebabnya SA x tahan pedas..level 1 pun rasa dah pedas giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun makan bubuh kicap walau level 1.. tapi puaslah rasa pedasnya. Akak tak gemar sangat kalau terlalu pedas.
      Ye lah...kes SA makan kat Pasar Seni tu kan kalau tak silap.

      Delete
  4. Kangkubg goreng pulak ye nek. Alot ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crispy kak tak alot.. cuma anyep lah takde rasa.

      Delete
  5. Kangkung goreng kering la tu dia nak buat kelainan biasanya kobis kan. Cie kureng sikit gepok ni seram nak makan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. nak kelainan macam bayam tapi macam tak berapa kena lah. Kalau kobis ada gak rasa manis².
      Kalau taknak pedas bubuh kicap Cie.. sambalnya cicah² je.

      Delete
  6. kobis goreng digantinkan dgn kangkung goreng ye hehe
    sedap tak sambalnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal sedap sebab pedas tapi tambah lah kacang gajus tu.
      Pernah makan ayam gepuk kat satu resto ni sambalnya manis... potong betul lah. Sebab akak kalau nak manis tambah kicap je.

      Delete
  7. Lamanya tak nampak pelangi. Cantiknya!
    Ye, banyak sudah orang jual ayam gepuk, geprek, penyet. Kalau dapat yang perfect semua tu best. Talapia pernah makan juga. Dia kena makan panas panas baru garing rangup. Dah sejuk tak sedap dah. Kangkung kalau digoreng, rangup juga ye. Yelah kan, rasa macam tak ada rasa dah kalau digoreng. Orang lama mereka lagi tahu tentang masakan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kangkung tu rasa oily juga sebab goreng kosong. Baik ambil kobis goreng atleast ada rasa sedikit manis. Kalau nak sihat ambil yang biasa... kobis mentah.. sedap juga.

      Delete