Pages

Saturday, February 7, 2026

Balik Ke Sarang

Minggu lepas Wafi Pulang Bermalam hari Khamis 29/1/2026.. dapatlah 3 malam kat rumah.
Panjang sikit bila ada cuti Thaipusam.
Hantar ke Stesen KTM, Ahad 1/2/2026

Kali ni ramai juga pelajar dari sekolah lain sekitar Kedah bila nampak uniform mereka.
Nampak ada dari MRSM, Saina dan Kupsis.

Wafi kata nak kena siapkan homework dalam train. Tak sempat siap buat kat rumah. Banyak betul nengok homeworknya. Sama naik juga nengok handphone 😬
Pandai-pandai lah siapkan.

Ni masa dah nak sampai rumah... masih ada lagi peserta Asnaftreat 5.0

Sampai asrama rehat sekejap lepas tu Wafi lunch. Ibu bekalkan ayam masak cili api dan kangkung tumis. Ibu bawakan 2 set tapi Wafi makan sekali harung. Lepas tu mengadu sakit perut makan banyak sangat 😁.

Mulanya sebelum sampai SP, Wafi ada call ibu kawan-kawab ajak singgah mall dulu sebelum balik asrama. Ibu izinkan je. Tapi tak jadi lah pulak sebab nak kena heret beg. Wafi & Afiqah terus balik sekolah.
Kawan-kawan berempat yang lain teruskan plan.. Rezeki mereka ada parents terserempak dan ajak sekali makan TCRS.

 

1 comment:

  1. Sama dgn Angah & Kakak. Balik bermalam angkut homework sebeban 😁 kadang jadual di asrama padat, tak sempat nak siapkan

    ReplyDelete