Pages

Saturday, February 7, 2026

Balik Ke Sarang

Minggu lepas Wafi Pulang Bermalam hari Khamis 29/1/2026.. dapatlah 3 malam kat rumah.
Panjang sikit bila ada cuti Thaipusam.
Hantar ke Stesen KTM, Ahad 1/2/2026

Kali ni ramai juga pelajar dari sekolah lain sekitar Kedah bila nampak uniform mereka.
Nampak ada dari MRSM, Saina dan Kupsis.

Wafi kata nak kena siapkan homework dalam train. Tak sempat siap buat kat rumah. Banyak betul nengok homeworknya. Sama naik juga nengok handphone ๐Ÿ˜ฌ
Pandai-pandai lah siapkan.

Ni masa dah nak sampai rumah... masih ada lagi peserta Asnaftreat 5.0

Sampai asrama rehat sekejap lepas tu Wafi lunch. Ibu bekalkan ayam masak cili api dan kangkung tumis. Ibu bawakan 2 set tapi Wafi makan sekali harung. Lepas tu mengadu sakit perut makan banyak sangat ๐Ÿ˜.

Mulanya sebelum sampai SP, Wafi ada call ibu kawan-kawab ajak singgah mall dulu sebelum balik asrama. Ibu izinkan je. Tapi tak jadi lah pulak sebab nak kena heret beg. Wafi & Afiqah terus balik sekolah.
Kawan-kawan berempat yang lain teruskan plan.. Rezeki mereka ada parents terserempak dan ajak sekali makan TCRS.

 

16 comments:

  1. Sama dgn Angah & Kakak. Balik bermalam angkut homework sebeban ๐Ÿ˜ kadang jadual di asrama padat, tak sempat nak siapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ler... masa prep dok buat homework je. Balik rumah sambung lagi. Tapi Wafi 1st day balik biasanya tak tengok buku pun lagi. Qada tidur dan tengok HP.

      Delete
  2. Kesian budak2 PB nak spend masa dengan family kena hadap homework pulak ye. Demi ilmu terpaksa la berkorban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang HW tu hari² terakhir baru buat. Sekarang akak tak paksa sangat sebab nampak Wafi dah boleh bahagi masa bila kat rumah. Balik² biar dia relax dulu.

      Delete
  3. Dulu² kalau balik bermalam weekend, takde angkut homework..kalau balik cuti penggal iye..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat siapkan lah tu ya sebelum masuk kelas.

      Delete
  4. Dulu zaman sekolah pun Dania banyak juga homework tapi suka siapkan awal. Terbawa sampai Uni suka siapkan assignment awal. Janji siap sebelum ke kelas ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Dania.. bila dah habis HW boleh buat benda lain pulak.

      Delete
  5. Sedap pulak tengok bekal wafi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. akak siap bawakan kicap tu sebab dia suka makan MLCA dan kari tambah kicap.

      Delete
  6. Teringat dulu zaman sekolah, tiap mama datang, pasti bawakan makanan. Atau saat cuti sekolah, itulah waktunya kami perbaikan gizi di rumah ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  7. Lama SA x blogwalking kan...kisah January baru baca ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... banyak blog tu yang nak dibaca๐Ÿ˜…

      Delete
  8. Sedap sangat tu Wafi makan hasil air tangan ibu ye sampai makan habis sekali harung. Rajin Wafi siapkan homework... inilah murid kesayangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.... kat rumah depan mata buku tapi kat tangan m HP.. tu yang tak sempat siap. Kalau awal² siapkan, dah boleh relax.

      Delete