Pages

Saturday, February 21, 2026

Habis Dah Cuti Seminggu

Tanpa sedar habis dah seminggu Wafi cuti sempena CNY.
Cepat betul masa berlalu.
Seminggu sempatlah dia bersama-sama cousin masa majlis aqiqah Auni dan jalan-jalan ke KL.

Pagi ni dah balik ke Sungai Petani.

Jumaat petang semalam cikgu buat kelas Add Maths.

Balik cuti sebeban kerja sekolah yang cikgu bagi.
Sampai ke malam tadi menyiapkan kerja.

ETS jam 7.47 am, taknak kelam kabut, lepas sahur terus bersiap. Jam 6 pagi keluar rumah dan solat di RnR Denai Alam. Sampai Stesen KTM jam 7 pagi.

Abang kata nanti sampai rumah nak tidur sampai petang sebab hantar Wafi pagi-pagi.. hurmmmmm..

Pertama kali balik ETS paling awal sebab tunggu jadual Pulang Bermalam sekolah. Tiket sempena CNY jam 10.18 pagi semua habis. Itu yang ambil 1st train.

Afiqah, Mia, Najlaa, Ariana dan Wafi naik kat Sungai Buloh. Arisya dan Alma naik kat KL Sentral. Nanti jumpa kat Coach C semua.

Alhamdulillah jam 11.33 am tadi sudah sampai ke SP.

Sepupu-sepupu Wafi lain yang bersekolah asrama juga balik hari ni.

Nana balik ke Tumpat.
Dulu haluih je Nana ni, seronok lah tu sekolah asrama... pipi pun dah montel.
 
Alya ke Pasir Putih.

Alahaiiii Alya... F1 dah kena naik flight. Mujur ramai kawan-kawan sekolah naik sama. Begitu juga anak-anak Lembah Klang lain yang bersekolah di sekitar Kelantan.

Alya pipi pun dah naik.
Makngah tanya.. Alya tak rindu mama ke.. sebab tu pipi kembang.
Nampaknya Kakak Wafi je sorang yang struggle masa mula-mula masuk asrama 😎

Ibu bekalkan Popiah BigMac.
Kakak buatkan frozen.
Tapi dah pesan kat Wafi popiah ni dah petang tak rangup nanti, dia ok je.
Nak masakkan lauk taknak pula sebab boleh makan lauk panas kat Dewan Makan buka puasa nanti.

18 comments:

  1. Sekejap je dah habis cuti sekolah seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... yang best bila cuti sekolah jalan ke tempat kerja smooth😅

      Delete
  2. Tak terasa masa berlalu pergi.
    Nampaknya anak-anak asrama sudah mula kembali ke sarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing² kembali ke sarang untuk berjihad menuntut ilmu. Cikgu² pulak menyambung curahkan ilmu.

      Delete
  3. Nasib baik ada lagi tiket tu..alhamdulillah..sambung berpuasa di sekolah..hebat la anak² sekarang..balik sek asrama naik flight..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.... awal² lagi betul² kena berdikari. Semoga jati diri mereka terus menebal.

      Delete
  4. Replies
    1. Betul wak tapi ni dapat makluman tiap² minggu boleh balik bulan puasa ni. Pengsan nengok duit asyik keluar je beli tiket.

      Delete
  5. Cuti habis semua pun pulang semula ke sarang :D
    Nanti raya pulang ke rumah semula tu... Rasa sekejap jer kan cuti habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah raya pulak balik tapi dapat maklumat setiap minggu boleh Pulang Bermalam. Masyakkk makpak jauh ni nak beli tiket🤣

      Delete
  6. Waktu sekarang bukan main laju kan kak..tau2 dh habis seminggu...hari ni dh 4 hari kita puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila umur semakin meningkat.. waktu pun sama laju perginya huhu

      Delete
  7. Semua anak2 pun dah balik sekolah.. maka jalan pun start jem hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Maz.. pagi tadi dah seperti sedia kala.. jalan nak ke tempat kerja ada 2 sekolah nak kena tempuh. Masa cuti sekolah 10 mins dah boleh sampai.

      Delete
  8. Balik ke sekolah masing2 ya kak 😍. Saya dulu selalu happy juga tiap balik sekolah ke Medan. Rumah orangtua masih di Aceh saat itu. Cuma pas kuliah di Penang, saya tak pernah balik Indonesia, 4 tahun. Selalu nya papa yg ke Penang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaihhhhh.... anak papa betul.. patutlah Penang rumah no dua😆

      Delete