Tanpa sedar habis dah seminggu Wafi cuti sempena CNY.
Cepat betul masa berlalu.
Seminggu sempatlah dia bersama-sama cousin masa majlis aqiqah Auni dan jalan-jalan ke KL.
Pagi ni dah balik ke Sungai Petani.
Jumaat petang semalam cikgu buat kelas Add Maths.
Balik cuti sebeban kerja sekolah yang cikgu bagi.
Sampai ke malam tadi menyiapkan kerja.
ETS jam 7.47 am, taknak kelam kabut, lepas sahur terus bersiap. Jam 6 pagi keluar rumah dan solat di RnR Denai Alam. Sampai Stesen KTM jam 7 pagi.
Abang kata nanti sampai rumah nak tidur sampai petang sebab hantar Wafi pagi-pagi.. hurmmmmm..
Pertama kali balik ETS paling awal sebab tunggu jadual Pulang Bermalam sekolah. Tiket sempena CNY jam 10.18 pagi semua habis. Itu yang ambil 1st train.
Afiqah, Mia, Najlaa, Ariana dan Wafi naik kat Sungai Buloh. Arisya dan Alma naik kat KL Sentral. Nanti jumpa kat Coach C semua.
Sepupu-sepupu Wafi lain yang bersekolah asrama juga balik hari ni.
Dulu haluih je Nana ni, seronok lah tu sekolah asrama... pipi pun dah montel.
Alya ke Pasir Putih.
Alahaiiii Alya... F1 dah kena naik flight. Mujur ramai kawan-kawan sekolah naik sama. Begitu juga anak-anak Lembah Klang lain yang bersekolah di sekitar Kelantan.
Alya pipi pun dah naik.
Makngah tanya.. Alya tak rindu mama ke.. sebab tu pipi kembang.
Nampaknya Kakak Wafi je sorang yang struggle masa mula-mula masuk asrama 😎








Sekejap je dah habis cuti sekolah seminggu.
ReplyDeleteTu lah... yang best bila cuti sekolah jalan ke tempat kerja smooth😅
DeleteTak terasa masa berlalu pergi.
ReplyDeleteNampaknya anak-anak asrama sudah mula kembali ke sarang.
Masing² kembali ke sarang untuk berjihad menuntut ilmu. Cikgu² pulak menyambung curahkan ilmu.
DeleteNasib baik ada lagi tiket tu..alhamdulillah..sambung berpuasa di sekolah..hebat la anak² sekarang..balik sek asrama naik flight..
ReplyDeleteTu lah.... awal² lagi betul² kena berdikari. Semoga jati diri mereka terus menebal.
DeleteRasa sekejap saja masa berlalu :)
ReplyDeleteMak ayah kembali kesunyian🤗
DeleteTunggu cuti raya pulaklah
ReplyDeleteBetul wak tapi ni dapat makluman tiap² minggu boleh balik bulan puasa ni. Pengsan nengok duit asyik keluar je beli tiket.
DeleteCuti habis semua pun pulang semula ke sarang :D
ReplyDeleteNanti raya pulang ke rumah semula tu... Rasa sekejap jer kan cuti habis..
Insyaallah raya pulak balik tapi dapat maklumat setiap minggu boleh Pulang Bermalam. Masyakkk makpak jauh ni nak beli tiket🤣
DeleteWaktu sekarang bukan main laju kan kak..tau2 dh habis seminggu...hari ni dh 4 hari kita puasa
ReplyDeleteBila umur semakin meningkat.. waktu pun sama laju perginya huhu
DeleteSemua anak2 pun dah balik sekolah.. maka jalan pun start jem hihi
ReplyDeleteBetul Maz.. pagi tadi dah seperti sedia kala.. jalan nak ke tempat kerja ada 2 sekolah nak kena tempuh. Masa cuti sekolah 10 mins dah boleh sampai.
DeleteBalik ke sekolah masing2 ya kak 😍. Saya dulu selalu happy juga tiap balik sekolah ke Medan. Rumah orangtua masih di Aceh saat itu. Cuma pas kuliah di Penang, saya tak pernah balik Indonesia, 4 tahun. Selalu nya papa yg ke Penang 😄
ReplyDeleteMakaihhhhh.... anak papa betul.. patutlah Penang rumah no dua😆
Delete