Pages

Friday, February 13, 2026

Hadiah Give Away Baju Raya

Alhamdulillah sampai dah hadiah dari Kak Notie sempena Give Away Baju Raya. Ibu terima petang semalam melalui Poslaju.

Masyaallah... Kak Notie ni punyalah pemurah, nak bagi hadiah cuma minta pembaca blog beliau komen "saya nak baju raya" di ruangan komen.

Bagi pemenang no. 5 - 7 dapat kain Uragiri warna hijau lembut.

❤️❤️ sangat dengan kaler ni.

Nampaknya kain ni lepas rayalah baru ibu tempah. 2 pasang kain yang ibu hantar pada Cik Biela tahun lepas pun tak siap lagi huhu...

Ibu boleh jahit baju kurung tapi dah berapa tahun tak buat. Asyik beli baju RTW je. Lagi satu mesin jahit ibu tak beri kerjasama bila jahitan tak berapa elok, macam tak lekat dan benang bergulung. Dah adjust sana sini tapi masih sama. Biasa lah manusia ni... asyik memberi alasan je🤭🤭. Padahal boleh je hantar kedai untuk repair.

Terima kasih sekali lagi buat Kak Notie. Semoga Allah sentiasa gandakan rezeki buat akak dan dapat ke tanah suci untuk mengerjakan haji dengan kadar segera. 
 

2 comments: