Pages

Monday, February 23, 2026

Menu Ramadan 1 - 4

Nengok ramai yang share menu sahur dan berbuka, sementara rajin ambil gambar ibu nak share juga lah. Alhamdulillah 4 hari dapat memasak untuk keluarga. Start hari ni ibu dah mula busy untuk year end closing dan audit sehingga akhir bulan Mac. Raya pun tak ambil cuti lebih sebab seminggu sebelum raya dah mula audit.

1 Ramadan

Sahur
  • Ayam panggang Air Fryer
  • Bening Bayam+suhun
  • Sambal Penyet
  • Popiah Otak²
  • Telur 1/2 masak
Iftar

  • Tongkeng Goreng
  • Bayam Tumis
  • Karipap Sardin
Buat 2 bekas sebab nak buka puasa rumah nenek. 1 set tinggalkan kat rumah untuk ayah.

2 Ramadan

Sahur

  • Nasi Goreng
  • Telur Goreng
  • Kentang Goreng
  • Telur 1/2 masak
Iftar

  • Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Peria Goreng
  • Karipap Sardin
  • Popiah BigMac
  • Wrap (Masa Kawi balik dari briskwalk ada orang gerai soh berhenti kereta sebab nak bagi wrap. Mungkin promosi produk sebab hari sebelumnya gerai tu takde lagi) 
3 Ramadan

Sahur

  • Ayam MLCA (left over)
  • Telur Dadar
  • Popiah Otak²
Iftar

  • Mac & Cheese
Masa berbuka hari pertama kat rumah nenek anak² buah tanya.. makngah bawak makaroni bakar ke? Masa tu bawa makanan berlauk je. Jadi next buka puasa sama², ibu buatkanlah makaroni bakar permintaan anak² buah.

Menu buka puasa kat rumah nenek. Masing² potluck. Takde dalam gambar Bubur Lambuk, Pisang Goreng, Drummet Panggang dan Sosej Panggang Cik Wada bawa.

4 Ramadan 

Sahur
  • Telur Cili 
  • Bayam+Taugeh Tumis
  • Kentang Goreng
  • Buah Epal
Iftar
  • Sup ekor
  • Koayteow+condiments
  • Telur Dadar
  • Cekodok bawang+jagung+taugeh+sosej
Sebenarnya ibu nak buat sup ekor macam kat kedai tomyam, jadi belilah perencah Sup Siam. Guna 2 peket, 1 jenama Alisa & 1 jenama Adabi. Tak tau ler kenapa kuah sup tu jadi kaler gitu. Rasa dah sesuai cuma kurang masam. Mungkin lepas ni kena buat rempah sendiri untuk dapatkan sup yang jernih. 

Setakat ini makanan sahur ibu masak panas² kecuali MLCA yang berkuah akan masak lebih. Ayah, Bami dan Wafi je makan nasi pagi. Ibu dan Kak Widad makan telur dan goreng²an. Air setakat ni mereka pilih minum air kosong je. 

Bami ada weight challenge satu bulan bersama sepupu², Izzat dan Isyraf. Semoga masing² berjaya.

33 comments:

  1. Alhamdulillah seronok masak utk
    juadah berbuka dan bersahur.. sup jenis yg pekat berempah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup tu tak kuat sangat rempahnya tapi warnanya yang kurang menarik.

      Delete
  2. aduhh seminggu sebelum raya dah mula audit.. mesti busy betul tu. habis hilang mood raya ye huhu.
    sedapnya semua menu sahur dan berbuka. 3 mac tu special betul ada mac and cheese!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa awal tahun diberitahu pasal audit tu kami dah mula mengumpul kekuatan menerima hakikat 😂😂

      Delete
  3. Wow menu sahur dan berbuka nampak tersusun, memang sesuai untuk tenaga seharian 😊 Semoga ibadah Ramadhan dan urusan kerja dipermudahkan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahur ada yang nak makan nasi, itu yang akak sediakan.

      Delete
  4. Wahhh ada Mac & Cheese. Dania punya kesukaan tapi ummi dan ayah dia kurang la Mac & Cheese ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegemaran anak dan anak-anak buah tu Ezna. Akak pun tak rasa ritu sebab sendiri buat, tak teringin pula.

      Delete
  5. Replies
    1. Harapnya sedaplah PH... nampak diorang makan pun selera.

      Delete
  6. Cie la salah seorang yang rajin update menu tu 😄. Senang nak refer semula menu2 sejak dah malas nak post kat FB & IG ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang lah.. tu yang berjangkit-jangkit.
      Kadang takde idea nak masak, bila tengok menu blogger lain, sedikit sebanyak memberi idea.

      Delete
  7. tongkeng goreng lama tk mkn..fav tu..sedapnya tgk mac & cheese tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tongkeng sold out kot dek penangan resepi KA 😂

      Delete
  8. Wah buat makaroni bakar untuk anak buat je ke. Seronoknya ada nenek. Boleh berbuka ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sesi makan² diorg memang rekues mac n cheese kak.
      Buka hari cuti je dengan nenek, hari biasa nenek buka kat masjid.

      Delete
  9. Masak sendiri jugak puas hati kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²... cuma simple je lah sebab nak cepat.

      Delete
  10. masak panas2 tu, ibu bangun pukul berapa?? kentang tu pakai ubi kentang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jam 4 Linda... 4.30 - 4.45 dah boleh makan sebab husband akk jam 5 nak keluar rumah.
      Haah... kentang kena pakai ubi kentang baru sedap. Goreng tak banyak dlm 3-4 biji je.

      Delete
    2. Cili, bawang semua dah chopped tu yg kejap je masak.

      Delete
  11. Menu Ramadannya bikin aku langsung kebayang enaknya! Pilihan‑pilihannya cocok banget buat inspirasi buka puasa setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je tu EB.. lauk pun macam hari² masak..

      Delete
  12. Menu yang sangat menarik sedap awesome semuanya. Tak tau nak petik yang mana sebab pasti semua sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. masak macam biasa je tu cuma selalu tak ambil gambar😅

      Delete
  13. Alhamdulillah. Rezeki sedap-sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal² ni masih semangat masak... tunggu 2 minggu lagi cemana😆

      Delete
  14. Menarik ni boleh tiru-tiru menu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu akak simple je KM... lauk pauk pun yang hari² masak juga. Belum ada yang special.

      Delete
  15. Saya pikir tadi kakak masak Rawon, makanan khas Surabaya. Ternyata sup ayam yaaa. Sebab kuah gelap 😅😅.

    Sedap2 menu nya.bisa jadi referensi saya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... belum sampai tahap nak buat rawon Fanny.. mana nak cari buah keluak😁

      Delete
  16. Macaroni bakar tu sangat menggoda. Mesti puas makan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak² puaslah makan dah itu yang diorang suka. Saya tak jamah huhu..sendiri buat rasa dah muak pula.

      Delete