Nengok ramai yang share menu sahur dan berbuka, sementara rajin ambil gambar ibu nak share juga lah. Alhamdulillah 4 hari dapat memasak untuk keluarga. Start hari ni ibu dah mula busy untuk year end closing dan audit sehingga akhir bulan Mac. Raya pun tak ambil cuti lebih sebab seminggu sebelum raya dah mula audit.
1 Ramadan
Sahur
Iftar- Tongkeng Goreng
- Bayam Tumis
- Karipap Sardin
Buat 2 bekas sebab nak buka puasa rumah nenek. 1 set tinggalkan kat rumah untuk ayah.
2 Ramadan
- Nasi Goreng
- Telur Goreng
- Kentang Goreng
- Telur 1/2 masak
- Ayam Masak Lemak Cili Api
- Peria Goreng
- Karipap Sardin
- Popiah BigMac
- Wrap (Masa Kawi balik dari briskwalk ada orang gerai soh berhenti kereta sebab nak bagi wrap. Mungkin promosi produk sebab hari sebelumnya gerai tu takde lagi)
3 Ramadan
- Ayam MLCA (left over)
- Telur Dadar
- Popiah Otak²
- Mac & Cheese
Masa berbuka hari pertama kat rumah nenek anak² buah tanya.. makngah bawak makaroni bakar ke? Masa tu bawa makanan berlauk je. Jadi next buka puasa sama², ibu buatkanlah makaroni bakar permintaan anak² buah.
4 Ramadan
Sahur
- Telur Cili
- Bayam+Taugeh Tumis
- Kentang Goreng
- Buah Epal
Iftar
- Sup ekor
- Koayteow+condiments
- Telur Dadar
- Cekodok bawang+jagung+taugeh+sosej
Sebenarnya ibu nak buat sup ekor macam kat kedai tomyam, jadi belilah perencah Sup Siam. Guna 2 peket, 1 jenama Alisa & 1 jenama Adabi. Tak tau ler kenapa kuah sup tu jadi kaler gitu. Rasa dah sesuai cuma kurang masam. Mungkin lepas ni kena buat rempah sendiri untuk dapatkan sup yang jernih.
Setakat ini makanan sahur ibu masak panas² kecuali MLCA yang berkuah akan masak lebih. Ayah, Bami dan Wafi je makan nasi pagi. Ibu dan Kak Widad makan telur dan goreng²an. Air setakat ni mereka pilih minum air kosong je.
Bami ada weight challenge satu bulan bersama sepupu², Izzat dan Isyraf. Semoga masing² berjaya.


.jpg)

.jpg)




Alhamdulillah seronok masak utk
ReplyDeletejuadah berbuka dan bersahur.. sup jenis yg pekat berempah kot..
Sup tu tak kuat sangat rempahnya tapi warnanya yang kurang menarik.
Deleteaduhh seminggu sebelum raya dah mula audit.. mesti busy betul tu. habis hilang mood raya ye huhu.
ReplyDeletesedapnya semua menu sahur dan berbuka. 3 mac tu special betul ada mac and cheese!
Masa awal tahun diberitahu pasal audit tu kami dah mula mengumpul kekuatan menerima hakikat 😂😂
DeleteWow menu sahur dan berbuka nampak tersusun, memang sesuai untuk tenaga seharian 😊 Semoga ibadah Ramadhan dan urusan kerja dipermudahkan selalu.
ReplyDeleteSahur ada yang nak makan nasi, itu yang akak sediakan.
DeleteWahhh ada Mac & Cheese. Dania punya kesukaan tapi ummi dan ayah dia kurang la Mac & Cheese ni.
ReplyDeleteKegemaran anak dan anak-anak buah tu Ezna. Akak pun tak rasa ritu sebab sendiri buat, tak teringin pula.
DeleteSedap² belaka tu Kak...
ReplyDeleteHarapnya sedaplah PH... nampak diorang makan pun selera.
DeleteCie la salah seorang yang rajin update menu tu 😄. Senang nak refer semula menu2 sejak dah malas nak post kat FB & IG ni.
ReplyDeleteHehe.. memang lah.. tu yang berjangkit-jangkit.
DeleteKadang takde idea nak masak, bila tengok menu blogger lain, sedikit sebanyak memberi idea.
tongkeng goreng lama tk mkn..fav tu..sedapnya tgk mac & cheese tu
ReplyDeleteTongkeng sold out kot dek penangan resepi KA 😂
DeleteWah buat makaroni bakar untuk anak buat je ke. Seronoknya ada nenek. Boleh berbuka ramai-ramai.
ReplyDeleteKalau ada sesi makan² diorg memang rekues mac n cheese kak.
DeleteBuka hari cuti je dengan nenek, hari biasa nenek buka kat masjid.
Masak sendiri jugak puas hati kan kak...
ReplyDeleteBetul²... cuma simple je lah sebab nak cepat.
Deletemasak panas2 tu, ibu bangun pukul berapa?? kentang tu pakai ubi kentang ke?
ReplyDeleteJam 4 Linda... 4.30 - 4.45 dah boleh makan sebab husband akk jam 5 nak keluar rumah.
DeleteHaah... kentang kena pakai ubi kentang baru sedap. Goreng tak banyak dlm 3-4 biji je.
Cili, bawang semua dah chopped tu yg kejap je masak.
DeleteMenu Ramadannya bikin aku langsung kebayang enaknya! Pilihan‑pilihannya cocok banget buat inspirasi buka puasa setiap hari
ReplyDeleteSimple je tu EB.. lauk pun macam hari² masak..
DeleteMenu yang sangat menarik sedap awesome semuanya. Tak tau nak petik yang mana sebab pasti semua sedap
ReplyDeleteHehe.. masak macam biasa je tu cuma selalu tak ambil gambar😅
DeleteAlhamdulillah. Rezeki sedap-sedap tu.
ReplyDeleteAwal² ni masih semangat masak... tunggu 2 minggu lagi cemana😆
DeleteMenarik ni boleh tiru-tiru menu... hehehe
ReplyDeleteMenu akak simple je KM... lauk pauk pun yang hari² masak juga. Belum ada yang special.
DeleteSaya pikir tadi kakak masak Rawon, makanan khas Surabaya. Ternyata sup ayam yaaa. Sebab kuah gelap 😅😅.
ReplyDeleteSedap2 menu nya.bisa jadi referensi saya juga
Hahahaha.... belum sampai tahap nak buat rawon Fanny.. mana nak cari buah keluak😁
DeleteMacaroni bakar tu sangat menggoda. Mesti puas makan kan.
ReplyDeleteBudak² puaslah makan dah itu yang diorang suka. Saya tak jamah huhu..sendiri buat rasa dah muak pula.
Delete