Beberapa hari lepas Wafi ada tanya.. bila nak beraya, ada tak open house sebelum balik sekolah. Aishh.. kesian dia... beraya rumah nenek je ritu. Lepastu kan balik kampung. Kat kampung aka pekan pun duduk rumah je kemudian balik sini raya kedua. Kat sini, ibu nak bawak gi rumah atuk² lain... karang penat nak menjawab kenapa ayah takde sekali. Lebih baiklah tunggu ayah balik.
Petang semalam ayah dan Kak Widad sampai dari Kulim. Kawi suggest bawa Wafi keluar makan. Boleh outing satu family. Dia cadangkan Suki-Ya kat Central i-City sebab Wafi suka makan kat situ. Jadinya.. ayuhlah kita beraya dalam mall. Abang Imi dari tempat kerja terus ke sana.
Jam 7 pm sampai tapi kena queue. Gilir² tunggu. Lepas solat Maghrib baru sampai turn kami dan ibu buka puasa sekali.
Gambar ni semasa tunggu turn.
Suki-Ya ni kalau taknak beratur, datang lah awal kalau hari cuti. Kalau hari berkerja datang masa orang kerja. Lepas office memang pulak orang akan berduyun-duyun masuk sini.
Mula tu Abang Imi taknak join sebab tengahari dah makan nasi padang... siap dengan gulai urat. Disebabkan kasihan kat Wafi join juga lah. Katanya hari ni tak nak dah makan sebab makan banyak protein kat sini.
Lepastukan.. ada pulak makan daging masak cicah dengan telur mentah yang dikocok. Yang ni memang ibu tak boleh brain.


.jpg)








raya kat mall takde feel. hihi. boleh la kan asalkan makan2 kat luar.
ReplyDeletekihkih.. betul tu.. takde feel bersalam-salaman.. bermaaf-maafan.. nak juga makan kuih raya 😁
DeleteEsok dah nak balik asrama kan? Okay la tu, dalam mall pun, asalkan cukup korum
ReplyDeleteYa PH... ni baru hantar naik ETS. Tadi dia tanya sempat kot gi beraya rumah cousin akak ada open house. Adehhh... mana de sempatnya, OH tengahari.
Deletema tolong pilih gambar kite yg elok pls i is x photogenic
ReplyDeleteSorry dear... tu je pic yang ada... sweet je u.
Deleteselamat hari raya kak...
ReplyDeletewafi tak sempat open house weekend ni ye,sabtu ahad ni banyak la jemputan...
Pia pun dah ajak keluar makan2 dulu sebelum hantar balik asrama esok ni tapi masa pula rasa macam tak cukup nak penuhi jemputan raya lg
Selamat hari raya juga buat Afzan sekeluarga. Maaf zahir dan batin jika ada salah & silap.
DeleteMemang tak sempat nak beraya... ni lepas hantar dia ke ETS kami baru nak beraya.
Nampaknya makan² dengan Pia tu priority..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteselamat hari raya ibu & wafi sekeluarga! beraya dlm mall syok jugak waktu cuaca panasssss terikk skrg ni kan ehehe
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN
ReplyDelete