Pages

Monday, October 26, 2026

Jogja 2026 - Jalan Malioboro | Nasi Gudeg I Martabak Kotak

Dari tempat makan Mas Donz bawa pula Omah Oblong Jogja iaitu pusat industri, toko ole-ole dan tempat wisata edukasi di Yogyakarta yang khusus mengeluarkan serta menjual T-shirt bergambar khas budaya Jogja. Ibu tak ada spesifik tempat untuk membeli-belah jadi bila Mas Donz berhenti di toko ni kami masuk sahaja.

Toko ni ada 2 aras menjual pakaian dengan harga mampu milik dan ada harga yang mampu tengok je huhu

Belikan Wafi 2 helai T-shirt di sini.

Pak Bejo ni merupakan maskot ikonik Omah Oblong yang mencerminkan identiti dan keunikan budaya tempatan.

Kemudian kami di bawa ke Jalan Malioboro.

Nama Malioboro mempunyai beberapa penjelasan asal usul. Antaranya dikaitkan dengan perkataan Sanskrit malyabhara, yang bermaksud kalungan bunga, dan nama Marlborough dari zaman British. Asal usul tepatnya masih diperdebatkan.

Ia menjadi tumpuan pelancong kerana menggabungkan suasana bandar yang meriah, budaya Jawa, seni tradisional, makanan tempatan dan pelbagai pilihan barangan untuk dibeli sebagai cenderamata.

Malioboro bukan sekadar sebuah jalan, malah menjadi simbol kehidupan dan identiti budaya masyarakat Yogyakarta.

Antara tempat tumpuan jalan ini adalah :-

1. Pasar Beringharjo
Pasar tradisional yang terkenal dengan batik, pakaian, rempah-ratus dan barangan tempatan pada pelbagai harga.

2. Benteng Vredeburg
Kubu bersejarah yang kini menjadi muzium untuk mengenali sejarah perjuangan dan perkembangan Indonesia.

3. Titik Nol Kilometer Yogyakarta
Kawasan popular untuk bergambar, menikmati seni bina bangunan bersejarah dan bersantai pada waktu petang.

4. Teras Malioboro
Kawasan membeli-belah yang menempatkan peniaga tempatan, dengan pilihan pakaian, kraftangan dan cenderamata khas Jogja. 

Kami tak explore banyak sangat tempat.
Masuk Pasar Sore Malioboro.
Dia macam Gerbang Malam di Ipoh lah lebih kurang.

Mana peniaga yang agak ramah memanggil, ke situ kami pergi. Nenek diberi kerusi jadi tunjuk-tunjuk apa yang nak dibeli untuk cucu-cucu.
Ibu ada beli dress macam belakang nenek tu, sekali dengan baju batik lengan panjang untuk ayah. Dapat harga bagus sebab couple dress.

Tak sempat pun pakai bila Kawi berkenan dan pakai ke tempat kerja pada hari Khamis. Tak sangka pulak Kawi nak pakai sebab baju tu gaya mak-mak ๐Ÿ˜
Kawan-kawan ofis cakap cantik, lagipun pandai Kawi gayakan dengan style tudung yang sesuai. 

Kat pasar ni ibu beli juga fridge magnet dan key-chain.

Tak sempat beli Gudeg Mercon Bu Tinah yang dibuka jam 9 malam hingga 2 pagi jadi ibu beli sahaja Gudeg Mbak Tya ni. 

Gudeg merupakan makanan tradisional khas Yogyakarta.

Boleh pilih lauk tambahan jika suka.
Ibu pilih set yang normal sahaja.

Peniaga jual sate begini. Santai betul.

Nenek duduk dulu sementara ibu beli makanan.

Ibu ada beli es jeruk yang pure. Sedap betul rasanya. Tak cukup satu.. beli lagi untuk hilangkan dahaga. Penat ooo jalan dari siang. Dalam kereta, Mas Donz ada sediakan mineral water tapi bila dah jalan ni, nak juga minum air manis sejuk.

Tak tahan nengok orang makan sate di tepi² jadi tapau sate sapi 5 tusuk dan 5 tusuk sate ayam.

Balik hotel lepas mandi² dan packing barang barulah makan. Padahal masa tu sudah jam 10 malam๐Ÿ˜†

Dalam hidangan ni ada nasi putih, gudeg, telur bacem, tauhu, krecek dan sambal.

๐Ÿš Nasi putih
๐Ÿฅฅ Gudeg – nangka muda dimasak lama dengan santan dan rempah, rasa manis-gurih
๐Ÿ— Ayam – biasanya ayam opor atau ayam suwir
๐Ÿฅš Telur bacem – telur yang direbus, kemudian dimasak perlahan bersama gula merah, kicap manis, bawang dan rempah 
๐Ÿซ˜Tauhu bacem - tauhu kuning atau putih dimasak perlahan bersama gula merah, kicap manis, bawang dan rempah sehingga warnanya coklat.
๐ŸŒฑ Krecek – kulit sapi dimasak pedas dengan santan
๐ŸŒถ️ Sambal – untuk menambah rasa pedas

Telur bacem tu rasanya bukan seperti telur pindang yang kat Malaysia.

Google
Bezanya:
๐Ÿฅš Telur bacem → rasa manis-gurih, warna coklat.
๐Ÿฅš Telur pindang → biasanya warna coklat juga, tetapi lebih beraroma rempah/herba dan kaedah penyediaannya berbeza.

Walaupun gudeg tu manis tapi bila bercampur dengan krecek dan sambal hilang dah manisnya.. jadi pedas. Manis gudeg ni boleh diterima tekak. Tengok gambar ni teringin pulak nak makan lagi. Terutama tauhu bacem tu. Pertama kali makan, tekak ibu boleh terima.

Sate sapi dan ayam yang dibeli.
Rempahnya sederhana, tak sama dengan perapan sate di Malaysia.

Bami turun hotel ingat nak beli makanan kat seberang jalan, tapi tutup pula. Jadi dia jalan sehingga menghampiri Tugu Jogja. Jumpa kedai Martabak Kotak.

Di Malaysia kita panggil Apam Balik.

Disebabkan ada pelbagai perisa dan semua nampak sedap, Abang Imi terpaksa beli dua iaitu perisa Nutella Almond (IDR100,000) dan Ubi Keladi/Yam (IDR55,000).

Puas hati makan martabak ni, premium rasanya. Isinya tebal, makan beberapa keping dah kenyang. Siap bawa balik Malaysia.

No comments:

Post a Comment