Pages

Saturday, November 21, 2026

Habis Dah Setengah Hari Sabtu

Barulah ibu dapat luruskan kaki.. siap masak, kemas dapur, bersihkan diri. Belum nak makan lagi.. ingat nak layan Netflix kejap lagi.

Pagi tadi mula briskwalk jam 7 pagi, dapatlah 5km. Cuaca cerah, jam 8 pagi matahari dah naik. 
 
Dulu masa kecik ingatkan yang putih tu asap roket. Kalau betul roket, takkan tiap² hari ada roket kan.. berapa billion perlu dibelanjakan😁

Sebelum balik call nenek nak ajak sarapan. Inform dalam whatsapp group family kot ada yang nak join. Masing² dah ada plan. 

Ibu call Cik Cha ajak sarapan, ibu singgah ambil di rumah. Nampak pucuk ubi gemuk²... petiklah segenggam dua. Kemudian baru ambil nenek. 

Berempat kami sarapan di Restoren Nasi Kandar Gulam Rasul, Alam Jaya.

Ini yang kami order :-
  • Teh tarik, kopi, laici ais dan ais kosong
  • Roti Sarang Burung - Yaya potpet
  • Tosei garing - Cik Cha
  • Puri - ibu dan nenek
Yaya tanya kenapa roti puri makngah tiba² kempis orang lain punya gemok²... entah ler yaya... agaknya sudah kena cucuk kot.. angin dia keluar.

Lepas sarapan, kami masuk Econsave sebelah je dari restoren ni. Ibu nak cari ikan. Tak tau nak beli ikan apa, last² beli keli 4 ekor.

Masa hantar nenek ibu kutip sayur kat tepi dan belakang rumah. Dapatlah kucai, kantan, daun kunyit, kesom dan limau kasturi. Pisang nangka nenek baru tebang beberapa hari lepas. 

Balik dari rumah nenek dah 11 lebih.. jemur kain yang ibu masuk dalam washer sebelum briskwalk. Duduk² sekejap, jam 12 masuk dapur.

Siaplah juadah tengahari ini, keli goreng, lemak lobak putih, pucuk ubi celur, telur masin dan sambal belacan.
Untuk budak asrama tadi order pisang goreng. Jadi ibu belikan pisang goreng cheese Nutella.
Alhamdulillah....sedap katanya.

Sedaplah tu... harga kemahen kayangan 12 pcs RM27.40 sekali delivery.
Belikan je lah sebab jam 11 lebih tu Wafi call. Sedih katanya.. tak beli food masa hari kantin. Katanya takde cash. Dia makan di Dewan Makan je. Wafi.. wafi... boleh je nak pinjam kat cikgu/ustazah nanti ibu transfer.. tapi dia takmau. Ye sudah.

Malam tadi ibu tonton Steps.

Filem animasi Steps membawa penonton melihat kisah dongeng Cinderella dari sudut pandangan yang berbeza, khususnya kehidupan dua orang kakak tirinya, Lilith dan Margot.

Selama ini, mereka dikenali sebagai kakak tiri yang jahat dan sering membuli Cinderella. Namun, filem ini mendedahkan bahawa kisah sebenar mereka tidaklah seperti yang digambarkan dalam cerita dongeng selama ini.

Ibu suka cerita ni.

No comments:

Post a Comment